Pembunuhan Kejam! Mayat wanita bogel tanpa kepala, anggota badan ditemukan dalam longkang

Lokasi mayat seorang wanita ditemukan tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki dalam tong sampah di longkang tepi jalan Alor-Gajah-Tampin, berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang di sini, hujung bulan lalu. – Foto ihsan polis

Mayat seorang wanita ditemukan tanpa kepala, kedua-dua tangan dan kaki dalam tong sampah di longkang tepi jalan Alor-Gajah-Tampin, berhampiran Kampung Rimau, Pulau Sebang di sini, hujung bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu, berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dibunuh dengan anggota badannya iaitu kepala, tangan dan kaki dipotong sebelum disumbat dalam tong sampah dan dibuang ke longkang di tepi jalan berkenaan.

Katanya, mayat tidak cukup anggota badan dan tanpa pakaian serta identiti itu ditemukan pada 31 Disember lalu, kira-kira jam 2 petang.

“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan mayat sudah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.



“Hanya bahagian badan ditemukan dengan kepala, kedua-dua tangan dan kaki dari paras lutut ke bawah dipercayai dipotong, selain terdapat sehelai kain merah di bawah mayat.

“Selain itu, tiada juga identiti ditemukan pada mayat dianggarkan berusia 20 hingga 30-an itu, namun pakar patalogi mengesahkan mangsa seorang wanita,” katanya dalam kenyataan di sini.

Arshad berkata, mayat ditemui dalam keadaan mula mereput dan sudah kering serta disyaki meninggal dunia antara tempoh tujuh hingga 10 hari ketika ditemui.

“Polis turut menjalankan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas dua kes orang hilang dalam tempoh sebulan lalu, namun keputusannya negatif.



“Kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Beliau berkata, sehubungan itu polis meminta mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga terdekat mahupun individu yang dikenali atau mempunyai maklumat berkenaan kejadian tampil menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

“Orang ramai boleh menghubungi balai polis berhampiran atau berhubung terus di talian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah ditalian o6-5562222 ataupun Pegawai Penyiasat Kanan Deputi Superintendan Mohd Ali Hanafiah Hasim di talian 019-9536277,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)



As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?



Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker