Jenazah Fiza Kamarudin selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR: Jenazah wartawan hiburan, Siti Nor Hafiza Kamarudin atau Fiza Kamarudin, 40, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Selasih, Batu Caves, Selangor, kira-kira jam 12.50 tengah hari ini.

Lebih 200 orang hadir mengiringi jenazah Allahyarham ke persemadian terakhirnya termasuk dalam kalangan ahli keluarga, saudara mara, pihak media dan rakan terdekat.

Jenazah Allahyarham tiba di pekarangan Masjid Jamek Kg Baru, di sini kira-kira jam 11.30 pagi tadi.



Terdahulu, industri kewartawanan tanah air berduka selepas dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham yang bertugas sebagai editor portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU Media meninggal dunia di London akibat pendarahan otak.

Allahyarham dilaporkan pengsan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London, sewaktu menunggu penerbangan pulang ke Malaysia selepas bercuti selama dua minggu sejak pertengahan Disember lalu.

Allahyarham Fiza Kamarudin
Allahyarham Fiza Kamarudin

Allahyarham yang juga bekas pesakit kanser payudara, namun sel barah berkenaan dikatakan kembali aktif selepas enam tahun disahkan bebas daripada penyakit tersebut.

Lebih memilukan, percutian yang dirancang ke London kali ini merupakan hajat terakhir Allahyarham bagi menunaikan janji bersama anak iaitu Riyadh Haziq, 10, dan Raisya Hannah, 8.



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)



As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)

Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?



Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker