Menteri janji kerajaan tidak guna data PADU untuk menang pilihan raya

KUALA LUMPUR: Jurucakap kerajaan Fahmi Fadzil memberi jaminan kepada rakyat data mereka yang dikumpul bagi Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) tidak akan dieksploitasi untuk meraih undi.

Turut mengkritik inisiatif Padu semalam, aktivis politik Shahir Adnan yang berharap data dikumpul tidak digunakan untuk tujuan politik bagi meraih undi pada PRU akan datang.

Mengulas perkara itu, Fahmi berkata mana-mana agensi yang menyediakan data atau maklumat kepada Padu perlu mematuhi beberapa terma dan syarat ditetapkan Jabatan Perlindungan Data Peribadi.



“Jadi ia tidak boleh disalah guna dan saya percaya kalau pun sebelum sebelum ini ada pihak yang menyalahguna, kita tidak berhasrat untuk melakukan perkara sama.

“Cara kita berkempen berbeza, insya-Allah tidak akan menyalahgunakannya,” katanya dalam majlis di PPR Kerinchi.

Timbul kebimbangan mengenai Padu, pangkalan data komprehensif bertujuan untuk mengukur dengan tepat status sosioekonomi penduduk untuk mengagihkan subsidi yang disasarkan, sejak ia dilancarkan Selasa lalu.

Walaupun kelemahan dalam sistemnya yang membenarkan pihak ketiga menggunakan nombor kad pengenalan untuk mengatasi kata laluan diperbaiki, masih terdapat kebimbangan mengenai potensi penyalahgunaan dan keselamatan data, terutama kerana kerajaan dikecualikan daripada liabiliti bawah Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA).



Menjawab dakwaan itu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata agensi kerajaan dilindungi oleh peraturan mereka sendiri mengenai data, bukannya PDPA.

Bagaimanapun, Lawyers for Liberty (LFL) menegaskan perlindungan disediakan oleh pelbagai undang-undang yang terpakai kepada agensi kerajaan tidak mencukupi untuk melindungi data peribadi, sambil berkata perlindungannya tidak boleh diserahkan kepada peraturan “ad hoc dan dangkal” setiap agensi atau jabatan kerajaan.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Restoran Pak Mat Western kena kecam (Video)

As’ad Motawh anggap sekolah hanya buang masa (Video)



Kenapa Dr. Zulkifli memilih perkhidmatan Starlink?

Perbualan Whatsapps pemain TRW tersebar



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker