Lembaga Wakaf Hindu P. Pinang pindah ke Kemeterian Perpaduan, Chow akui terkejut
GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang memohon Kerajaan Persekutuan memberi penjelasan berhubung pemindahan Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang (LWHPP) ke Kementerian Perpaduan Negara
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menyifatkan pengumuman Menteri Perpaduan Negara, Datuk Seri Aaron Ago Dagang semalam itu sebagai mengejutkan kerana kerajaan negeri belum pernah dimaklumkan mengenai langkah berkenaan sebelum ini.
“Ini satu berita yang mengejutkan sebab (kerajaan negeri) tidak pernah dihubungi Kerajaan Persekutuan mengenai niat untuk meletakkan LWHPP di bawah Kementerian Perpaduan Nasional.
“Jadi, kita pun hendak faham mengapa LWHP yang berusia hampir 100 tahun dan selama ini di bawah seliaan negeri tiba-tiba dimaklumkan akan diletak di bawah Kementerian Perpaduan Nasional.
“Jadi saya pun mahu tahu juga,” katanya selepas merasmikan majlis pecah tanah Capstone Corporate Suites di Batu Kawan, dekat sini, hari ini.
Semalam media melaporkan, penyusunan semula dan pemindahan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) serta LWHPP ke Kementerian Perpaduan Negara sebagai satu langkah strategik untuk memperkukuhkan lagi peranan masyarakat India di negara ini.
Aaron dilaporkan berkata kedua-dua agensi itu dilihat dapat membawa impak positif dalam jangka masa panjang terhadap pembangunan dan kemajuan masyarakat India Malaysia melalui pelaksanaan program-program berimpak tinggi.
LWHPP adalah badan berkanun yang ditubuhkan bawah enakmen 1906 oleh kerajaan kolonial Negeri-Negeri Selat Singapura, Pulau Pinang dan Melaka yang kemudiannya enakmen itu menjadi undang-undang persekutuan sebagai Akta Wakaf Hindu.
Ia mentadbir lima wakaf, harta dan 13 kuil di Pulau Pinang selain menganjurkan perayaan Thaipusam dan Ponggal di Pulau Pinang setiap tahun.
Lembaga itu mempunyai pengerusi dan naib pengerusi serta 11 pesuruhjaya, semuanya dilantik oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang atas nasihat kerajaan negeri.
Ahli Parlimern Jelutong, RSN Rayer sebelum dilantik sebagai Pengerusi LWHPP yang baharu berkuat kuasa 30 Ogos lalu hingga 31 Julai tahun ini.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Mereka mula goyang dengar nama Malaysia
- Dr Akmal akhirnya dapat jumpa Cik Aida
- CEO persatuan bola sepak antara 4 ditahan kes rasuah RM6 juta
- Jalan Silang digempur lagi
- Hamdan Senario meninggal dunia
- Pesanan Anwar kepada Mahathir
- Semua ‘padu’ kecuali Sanusi
- Mahathir sindir Anwar berkenaan Langkah Dubai
- Hantar anak naik Honda, tapi yuran Pasti tak bayar
- Pekat beno Peraknye Pak Wee
- Pelajar seret guru ke mahkamah atas dakwaan gangguan seksual
- Yana Samsuddin kena darah tinggi sebab vacuum robot
- Meerqeen enggan tewas
- Kritik beriani tak sedap, pekerja restoran belasah pelanggan
- Ada yang RM50 saja – Shamsul Ghau Ghau
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.