Semua ‘padu’ kecuali Sanusi
Semua ‘padu’ kecuali Sanusi
oleh Syukri Razab
Perbincangan mengenai Pangkalan Data Utama (Padu) yang dilancarkan oleh perdana menteri pada 2 Januari lalu nampaknya menarik pelbagai jenis pandangan.
Ada yang sinis terhadap kemampuan sistem ini berfungsi seperti dihasratkan. Ada juga membangkitkan kerisauan mengenai keselamatan siber.
Tak kurang juga yang teruja dengan kemampuan kerajaan menghasilkan pangkalan data yang komprehensif tanpa menggunakan khidmat pihak ketiga.
Semua pandangan ini sama ada negatif, sinis mahupun positif tetap sah daripada perspektif masing-masing.
Sejak dilancarkan, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) sentiasa mengemas kini sistem ini berdasarkan maklum balas orang awam.
Semestinya setiap usaha kerajaan perlu dinilai menerusi lensa semak imbang yang murni dan ikhlas. Apatah lagi Padu yang satu-satunya pangkalan data seumpamanya dalam sejarah pentadbiran kerajaan.
Dalam masa hanya dua hari selepas dilancarkan, Padu menerima 350,000 pendaftaran. Jumlah ini signifikan untuk menunjukkan betapa orang ramai faham hasrat kerajaan membangunkan Padu.
Dengan adanya maklumat Padu, semua bantuan kerajaan sama ada dalam bentuk subsidi mahupun pemberian tunai akan sampai tepat kepada individu atau isi rumah yang benar-benar memerlukan tanpa terikat dengan pengelasan B40, M40 atau T20.
Rafizi Ramli semasa menjelaskan perkara ini di parlimen pada 19 September 2023 menyatakan Padu akan mencegah daripada berlakunya exclusion error atau inclusion error.
Dengan kata lain, tidak akan ada lagi individu atau isi rumah yang layak menerima bantuan tetapi tercicir akibat kelemahan maklumat.
Justeru wajar untuk semua pihak memberi kepercayaan dan sokongan untuk sistem ini berfungsi dengan baik bagi mencapai tujuan yang dihasratkan.
Tetapi keghairahan perbincangan mengenai Padu ini nampaknya tidak sampai kepada seorang pemimpin pembangkang di utara tanah air. Sama ada Padu ini terlalu sarat untuk beliau fahami atau beliau tidak menemui celah untuk memperleceh usaha terbaharu kerajaan ini.
Bukan peta abstrak
Di tengah-tengah seluruh perbincangan terhala kepada Padu, Sanusi Md Nor pula asyik dengan ceritera tebuk atap untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.
Memetik kenyataan beliau seperti yang disiarkan Malaysiakini pada 3 Januari, dengan penuh yakin beliau menyatakan yang “kumpulan mereka” akan terus berusaha untuk menjatuhkan Kerajaan Madani.
Saya yakin masyarakat boleh menilai kesungguhan kerajaan pimpinan Anwar dalam usaha membina semula Malaysia sebagai sebuah negara yang lebih mensejahterakan rakyat. Padu merupakan salah satu langkah ke arah itu.
Pada tahun ini kita akan dapat melihat program rintis kerajaan dalam membantu menaikkan gaji para pekerja swasta melalui Dasar Gaji Progresif.
Di samping itu perdana menteri juga mengumumkan penyelarasan semula kadar gaji penjawat awam yang kini sedang dalam proses penelitian akhir.
Dalam masa yang sama Kerajaan Madani juga berjaya menarik sebanyak RM225 bilion pelaburan yang diluluskan pada Januari sehingga September 2023. Jumlah ini meningkat 6.6% berbanding tempoh sama bagi tahun sebelumnya.
Pelaburan ini amat penting bagi memperkukuh kedudukan fiskal negara yang sedang mewarisi hutang mencecah RM 1.5 trilion.
Semua usaha Kerajaan Madani ini bukanlah peta abstrak yang terlalu sukar untuk dibaca. Destinasinya sangat jelas dan mudah untuk difahami oleh masyarakat marhaen. Semua usaha ini disusun langkah demi langkah ke arah mengangkat taraf hidup rakyat secara sistematik.
Malangnya kerajaan yang sedang berusaha keras inilah sedang cuba ditumbangkan oleh Sanusi dan gerombolannya. Walhal limpahan manfaat hasil daripada usaha Kerajaan Madani ini akan turut dinikmati oleh masyarakat di negeri-negeri yang ditadbir pembangkang.
Semoga dengan adanya individu seperti Sanusi ini akan menyongsong lebih banyak kesedaran dalam kalangan rakyat tentang sikap sesetengah politikus yang bertindak hanya semata-mata atas nafsu politik.
Mereka tega menunggang nama agama dan bangsa serta sanggup memperjudikan nasib rakyat demi kuasa yang mereka gilakan. Mk
Semua ‘padu’ kecuali Sanusi
Baca Artikel Menarik:
- ‘Tembak’ saya, bukan anak – Achey
- Pendakwah selebriti letak harga puluhan ribu?
- Bezza baru rosak, ini yang Perodua tawarkan
- Sanusi yakin kerajaan Anwar akan tumbang
- Lan Zailan jual kereta kesayangan kerana tiada tawaran berlakon
- Tin arak sengaja diletak depan pintu surau kondominium
- Ayu Puteh enggan mengalah disaman RM142 juta
- Guru bercerai kerana duka lara
- Cara daftar PADU dan maklumat diperlukan
- Jalil Elias import termahal Liga-M sertai JDT
- Zon batu kapur bagaikan bom jangka
- Pembantu rumah didakwa larikan anak selebriti wanita
- ‘Ustaz’ noda wanita ketika lakukan rawatan ditahan
- Pemegang PhD jual sayur untuk tampung kos hidup
- Netizen pertikai BCL buat umrah pakai ‘eyelash extension’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan
Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf
You must be logged in to post a comment.