Pekat beno Peraknye Pak Wee
Pekat beno Peraknye Pak Wee
Kefasihan lelaki Tionghoa ini bercakap Bahasa Melayu dan loghat Perak mencuri perhatian netizen di TikTok yang memuji kemahiran bapa empat anak itu.
Wee Fook Seong, 34, yang mesra disapa Pak Wee itu juga menghiburkan pengikut akaun TikToknya apabila berkongsi video mengajar isteri, Goh Zhi Xuan, 27, bercakap dalam loghat negeri itu sejak enam bulan lalu.
Pak Wee berkata, dia berasal dan dibesarkan di Felda Lasah, Sungai Siput, Perak sejak kecil dan menjadi satu-satunya keluarga Tionghoa yang menetap di Felda berkenaan sebelum dia dan ibunya berpindah ke Batu Gajah.
Menurutnya, dibesarkan di perkampungan Melayu menjadikan dia fasih bercakap dalam Bahasa Melayu dan mempunyai ramai rakan dalam kalangan bangsa itu selain Cina dan India.
“Saya tinggal di Felda Lasah selama 19 tahun dan selalu juga bergaul dengan orang Melayu selain selalu ‘melepak’ bersama rakan di Kuala Kangsar yang orang di daerah itu masih banyak bercakap menggunakan loghat Perak.
“Jadi saya selalu dengar dan ajuk cakap mereka membuatkan lama kelamaan saya semakin menguasai loghat negeri Perak lagipun saya memang minat gaya percakapan itu kerana bagi saya ia menarik dan sedap didengari.
“Malah, kalau bercakap dalam telefon orang selalu sangka saya orang Melayu dan apabila berjumpa mereka terkejut kerana saya orang Cina. Kalau saya jumpa ‘geng’ memang boleh bersoreh (bersembang) dua hingga tiga jam,” katanya ketika dihubungi di sini.
Katanya, ketika di rumah dia dan ibu bertutur dalam Bahasa Kantonis dan walaupun ibunya boleh bercakap dalam Bahasa Melayu tetapi tidak fasih menggunakan loghat negeri Perak.
“Isteri saya juga boleh bercakap Bahasa Melayu tetapi tidak fasih bercakap dalam loghat Perak jadi saya suka ajar dia dan kongsi video di TikTok. Tak sangka pula ramai yang suka dan mahukan video lain.
“Saya juga ajar anak cakap Bahasa Melayu dan akan juga ajar mereka cakap loghat Perak. Antara ayat yang saya suka cakap setiap hari adalah ajer benor, ajer handei, moh ngopi dan ater nunggu ape lagi,” kata ahli perniagaan itu.
Menurut Pak Wee, walaupun berbeza bangsa, namun sebagai anak kelahiran Perak dia bukan saja berbangga dengan Bahasa Kebangsaan dan bahasa kaumnya, malah dia juga berbesar hati bertutur dalam loghat negeri itu.
Katanya, kemahiran boleh menguasai lebih banyak bahasa termasuk loghat tempatan adalah bagus dalam masyarakat kerana ia lebih mengeratkan hubungan, melahirkan masyarakat majmuk serta saling hormat menghormati.
“Sebagai anak jati negeri ini kita perlu bangga dengan loghat negeri kita lebih-lebih lagi sekarang loghat itu sudah tidak banyak dipertuturkan golongan muda ketika ini dan saya tak mahu loghat itu dilupakan,” katanya. HM
Pekat beno Peraknye Pak Wee
Baca Artikel Menarik:
- ‘Tembak’ saya, bukan anak – Achey
- Pendakwah selebriti letak harga puluhan ribu?
- Bezza baru rosak, ini yang Perodua tawarkan
- Sanusi yakin kerajaan Anwar akan tumbang
- Lan Zailan jual kereta kesayangan kerana tiada tawaran berlakon
- Tin arak sengaja diletak depan pintu surau kondominium
- Ayu Puteh enggan mengalah disaman RM142 juta
- Guru bercerai kerana duka lara
- Cara daftar PADU dan maklumat diperlukan
- Jalil Elias import termahal Liga-M sertai JDT
- Zon batu kapur bagaikan bom jangka
- Pembantu rumah didakwa larikan anak selebriti wanita
- ‘Ustaz’ noda wanita ketika lakukan rawatan ditahan
- Pemegang PhD jual sayur untuk tampung kos hidup
- Netizen pertikai BCL buat umrah pakai ‘eyelash extension’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan
Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf
You must be logged in to post a comment.