Ketika ada jawatan menikus

Tiong selar pembangkang

Ketika ada jawatan menikus

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Sing, hari ini menempelak sikap pembangkang yang danggapnya hanya giat mengkritik sedangkan mereka tidak berbuat banyak semasa berkuasa.

Mengulas mengenai Langkah Dubai yang menjadi topik hangat dibincangkan ramai orang akhir-akhir ini, Tiong berkata selepas tidak lagi berkuasa mereka merancang pelbagai cara untuk kembali menjadi kerajaan.

“Seingat saya, individu yang dikatakan terlibat dengan cubaan untuk menggulingkan kerajaan ini pernah memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan.

“Ketika ada jawatan, kamu menikus. Apabila sudah tidak berkuasa, banyak pula kritikan dan rancangan dibuat untuk berkuasa kembali.

“Apa motif kamu sebenarnya?” tanya Tiong.

Meskipun tidak menyebut sebarang nama, dipercayai presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak itu menyasarkan kenyataannya kepada Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin merupakan perdana menteri kelapan ekoran jatuhnya kerajaan PH di luar pilihan raya pada Feb 2020.

Insiden yang digelar Langkah Sheraton itu membabitkan Muhyiddin secara langsung apabila dia membawa Bersatu meninggalkan PH di sebalik mandat yang diterima daripada rakyat pada PRU ke-14.

Bersatu kemudian membentuk kerjasama dengan PAS bagi menubuhkan PN.

PN kemudian mendapat sokongan oleh BN dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak untuk membentuk kerajaan baru.

Ahli Parlimen Bintulu itu pernah dilantik sebagai duta khas negara ke China pada 2020.

Kata Tiong, pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan itu wajar menghentikan usaha tersebut selepas berulang kali memburukkan Putrajaya.

“Daripada menimbulkan kegusaran yang boleh membawa kepada pepecahan, lebih baik anda korbankan tenaga dan masa untuk berkhidmat kepada rakyat.

“Tunjukkan pencapaian atau prestasi perkhidmatan anda untuk memenangi sokongan rakyat sekali gus mengukuhkan peluang anda dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Menurut Tiong dia merayu kepada semua pihak agar menghormati pilihan yang dibuat oleh rakyat Malaysia sebelum ini dan menunaikan keinginan orang ramai agar ekonomi negara segera dipulihkan.

“Jika politik negara tidak stabil, semua pihak turut terjejas terutamanya rakyat.

“Mengapa kita tidak boleh beri peluang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menunjukkan kemampuannya, menilai dan meneliti prestasi barisan Kabinet yang telah dipilih?

“Jika tidak berpuas hati, terjemahkan ia pada pilihan raya yang akan datang,” katanya. Mk

Ketika ada jawatan menikus

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan

Aidil jangan berangan nak jumpa anak – Rita Rudaini

Shamsul Ghau Ghau jual rumah, guna wang simpanan RM300,000

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker