Gadis 14 tahun dicekup khalwat bersama kenalan WhatsApp

Gadis 14 tahun dicekup khalwat bersama kenalan WhatsApp

KULIM: Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun mengaku baru berkenalan dengan pasangannya yang berusia sekitar 20-an menerusi WhatsApp, namun berani mengikut lelaki itu tinggal di sebuah rumah di Taman Kenari, di sini.

Tindakan itu terbongkar selepas mereka dicekup kerana berkhalwat dalam sebuah bilik di rumah terbabit susulan serbuan dilakukan penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) jam 11.30 pagi tadi.

Turut ditahan dua lagi pasangan berusia antara 19 hingga 20-an dalam bilik berasingan di rumah sama, manakala seorang wanita ditemui di ruang tamu premis sama.

Pegawai Penguatkuasa Agama Daerah Kulim, Anwar Sharifudin Mat Saad berkata, hasil pemeriksaan tiga lelaki dan empat wanita ditemui di dalam rumah itu dengan dengan tiga pasangan berada dalam bilik berasingan, manakala lagi duduk di ruang tamu.

“Cukup memeranjatkan apabila kita menemui seorang remaja perempuan yang masih bersekolah dan berusia 14 tahun dalam sebuah bilik bersama pasangannya.

“Seorang lagi wanita yang ditahan baru selesai pengajian di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA), manakala seorang lagi bekerja di sebuah kilang dan seorang lagi tidak bekerja.

“Lelaki yang ditahan itu pula bekerja di sebuah kilang, manakala yang lain bekerja sebagai pembantu restoran di daerah ini,” katanya.

Anwar berkata, ketiga-tiga pasangan itu gagal menunjukkan sebarang dokumen atau bukti mempunyai hubungan mahram atau suami isteri ketika diminta, sebelum ditahan kerana disyaki berkhalwat.

“Wanita yang ditemui di ruang tamu rumah itu pula ditahan untuk diambil keterangan selepas mendakwa teman lelakinya ketika itu keluar bekerja,” katanya.

Semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk laporan tangkapan, dengan kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014. BH

Gadis 14 tahun dicekup khalwat bersama kenalan WhatsApp

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan

Aidil jangan berangan nak jumpa anak – Rita Rudaini

Shamsul Ghau Ghau jual rumah, guna wang simpanan RM300,000

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker