Nenek hampir naik gila, cucu buang barang kemas bernilai RM270,000

Seorang wanita berusia 60 tahun cemas selepas barang  kemas miliknya yang  berharga lebih 2 juta baht (RM270,475) hilang, lapor laman berita Thaiger semalam.

Barang kemas itu dibuang oleh cucunya yang menyangka ia adalah sampah.

Wanita bernama Wandee itu bagaimanapun menarik nafas lega apabila koleksi barang berharga tersebut dijumpai  oleh seorang pengutip sampah yang menyangka ia adalah emas palsu.

Dalam kejadian kelmarin, Wandee berkata, dia meletakkan barang  kemas itu di dalam dua beg yang kemudiannya dibuang oleh cucunya.

Koleksi tersebut terdiri daripada enam jongkong emas mini, enam rantai leher, lima gelang tangan, lima tangkal Buddha, tiga cincin berlian, sebentuk cincin kerongsang berlian, lapan cincin emas, sepasang anting-anting emas, dua pasang anting-anting berlian dan gelang berlian.

Seorang pengutip sampah berusia 46 tahun menemui beg mengandungi barangan kemas itu sebelum membawanya pulang ke rumah untuk ditunjukkan kepada suaminya kerana menyangka ia adalah palsu.

Selepas menerima  laporan mengenai kehilangan barang kemas  tersebut, polis menjejaki pengutip sampah terbabit berdasarkan rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

Barang berharga itu dipulangkan ke  balai polis sebelum ia diserahkan kepada Wandee. – AGENSI

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf

Suami isteri merupakan guru dan doktor ditemui mati di kondominium

Suami tak sedar diri ambil harta saya beri perempuan lain – Hajar (Video)

Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker