Mahu tumbang kerajaan bukti PN kemaruk kuasa
Mahu tumbang kerajaan bukti PN kemaruk kuasa
KOTA BHARU: Tindakan Perikatan Nasional (PN) yang terus-menerus mahu mengambil alih kerajaan membuktikan mereka sebenarnya kemaruk untuk kembali berkuasa selepas gagal pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu.
Timbalan Ketua Penerangan UMNO Kelantan Noor Hariri Mohamed Noor berkata, usaha itu dibimbangi boleh mencetuskan ketidakstabilan politik sekali gus merugikan negara.
“Sampai bila kita nak hidup begini (suasana politik tidak stabil), saya rasa rakyat sudah penat untuk berdepan dengan percaturan politik ‘gila kuasa’.
“Saya sarankan PN supaya menghormati keputusan yang telah dibuat oleh rakyat pada PRU-15,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas itu memberitahu, pembangkang sepatutnya memainkan peranan semak dan imbang dengan lebih tuntas dalam membina semula negara selepas pandemik Covid-19.
Katanya, pembinaan semula negara itu penting bagi memastikan kesejahteraan rkayat terus terbela.
“Fokuslah kepada kerja, jangan asyik mahu berpolitik. Rakyat sedang memerhati, jika nak tukar kerajaan…tunggulah PRU-16.
“Beri ruang kepada Kerajaan Perpaduan untuk menjalankan tanggungjawab. Bersikap ‘gentelmen’, jangan sibuk mahu ‘tebuk atap,” ujarnya.
Noor Hariri turut mengingatkan PN supaya memberikan tumpuan kepada pentadbiran di empat negeri yang dimenangi oleh mereka daripada sibuk mahu menumbangkan kerajaan.
“Rakyat Kelantan, Kedah, Terengganu dan Perlis memberikan kemenangan besar kepada PN, jadi bekerjalah untuk masyarakat,” katanya.
Utusan Malaysia semalam melaporkan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor memberi bayangan usaha mengambil alih kerajaan secara demokrasi tidak pernah dihentikan oleh pembangkang.
Beliau mendakwa, selagi mana usaha itu tidak membelakangkan Perlembagaan, proses tersebut tidak ada halangan untuk dilakukan tambahan pula dengan kelompongan yang ada pada Akta Anti Lompat Parti.
Malah Menteri Besar Kedah itu turut mengesahkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mengakui wujud tentang rancangan yang dipanggil ‘Langkah Dubai’ itu. Utusan
Mahu tumbang kerajaan bukti PN kemaruk kuasa
Baca Artikel Menarik:
- ‘Tembak’ saya, bukan anak – Achey
- Pendakwah selebriti letak harga puluhan ribu?
- Bezza baru rosak, ini yang Perodua tawarkan
- Sanusi yakin kerajaan Anwar akan tumbang
- Lan Zailan jual kereta kesayangan kerana tiada tawaran berlakon
- Tin arak sengaja diletak depan pintu surau kondominium
- Ayu Puteh enggan mengalah disaman RM142 juta
- Guru bercerai kerana duka lara
- Cara daftar PADU dan maklumat diperlukan
- Jalil Elias import termahal Liga-M sertai JDT
- Zon batu kapur bagaikan bom jangka
- Pembantu rumah didakwa larikan anak selebriti wanita
- ‘Ustaz’ noda wanita ketika lakukan rawatan ditahan
- Pemegang PhD jual sayur untuk tampung kos hidup
- Netizen pertikai BCL buat umrah pakai ‘eyelash extension’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rita Rudaini kecam ibubapa T20, nak susah hantar rumah kebajikan
Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf
You must be logged in to post a comment.