Anwar jangan peduli langkah sumbang ‘desperado politik’, fokus pada negara
Anwar jangan peduli langkah sumbang ‘desperado politik’, fokus pada negara
Veteran UMNO berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus mara ke hadapan tanpa mempedulikan langkah yang dilakukan oleh ‘desperado politik’ untuk menumbangkan kerajaan.
Setiausaha Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, mereka sengaja berbuat demikian bagi mengalihkan fokus Anwar daripada bekerja untuk negara.
Menurut beliau, apa yang pasti, langkah mereka sama ada ke London atau Dubai adalah langkah sumbang yang membentes kaki sendiri.
“Biarlah mereka terus-menerus berangan-angan untuk menebuk atap atau mengorek gelegar.
“Biarkanlah Si Luncai terjun ke dalam sungai dengan labu-labunya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, Anwar menganggap Langkah Dubai yang didakwa bertujuan menjatuhkan kerajaan tidak memberi kesan kepada pentadbirannya dan beliau mahu memberi tumpuan bekerja untuk rakyat serta negara.
Sabtu lalu, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Ismail Yusop membangkitkan desas-desus mengenai Langkah Dubai yang didakwa digerakkan oleh pemimpin parti pembangkang termasuk wakil tertentu kerajaan dengan matlamat untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.
Mustapha berkata, apa yang penting, Anwar mesti memperkemaskan barisan Kabinetnya serta memastikan mereka bekerja untuk rakyat, bersih dari rasuah, berintegriti, telus, kurang bercakap dan banyak bertindak.
Beliau memberitahu, kerajaan juga perlu menunaikan janji-janji mereka semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kepada rakyat.
“Rakyat memerhati dan mahu melihat tindakan. Bukannya sekadar retorik,” jelasnya.
Mustapha berkata, Kerajaan Perpaduan perlu memenangi PRU16 agar ia kekal mentadbir pada penggal seterusnya demi rakyat dan negara. MG
Anwar jangan peduli langkah sumbang ‘desperado politik’, fokus pada negara
Baca Artikel Menarik:
- Siakap 90 sen seekor laku keras
- Pendakwah selebriti letak harga puluhan ribu?
- Tangguh pendaftaran PADU hingga isu teknikal diperbetulkan – Kian Ming
- PAS Negeri Sembilan kecewa Peja tak ambil tahu keadaan PN negeri
- Lan Zailan jual kereta kesayangan kerana tiada tawaran berlakon
- Hezbollah diminta bertindak selepas Al Arouri dibunuh Israel
- Ayu Puteh enggan mengalah disaman RM142 juta
- Guru bercerai kerana duka lara
- Cara daftar PADU dan maklumat diperlukan
- Langkah Dubai, J-Kom perlu dirombak
- Zon batu kapur bagaikan bom jangka
- Pembantu rumah didakwa larikan anak selebriti wanita
- Mereka sendiri yang gagalkan Langkah Dubai
- Pemegang PhD jual sayur untuk tampung kos hidup
- Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, Fazura akui gementar saluran peranakan terjejas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf
Suami isteri merupakan guru dan doktor ditemui mati di kondominium
Suami tak sedar diri ambil harta saya beri perempuan lain – Hajar (Video)