Lori rempuh Honda City hingga terbalik
Lori rempuh Honda City hingga terbalik
KUALA LUMPUR – Gara-gara tidak tarik brek tangan dengan kemas, sebuah lori muatan besi merempuh sebuah kereta jenis Honda City sehingga terbalik dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Manjalara, Kepong, di sini, hari ini.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kemalangan membabitkan dua kenderaan itu berlaku pukul 10.30 pagi tadi.
Katanya, hasil siasatan mendapati berlaku kemalangan semasa lori yang membawa muatan besi telah diletakkan di salah satu pam minyak untuk mengisi bahan api.
“Pemandu lori yang juga lelaki tempatan berusia 52 tahun meninggalkan kendaraannya untuk membuat pembayaran di kaunter.
“Dalam masa yang sama, lori tersebut telah bergerak secara mengundur ke belakang lalu melanggar kereta jenis Honda City yang berhenti di simpang jalan stesen minyak untuk memasuki jalan utama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Sarifudin, kemalangan tersebut tidak mengakibatkan sebarang kecederaan terhadap kedua-dua pemandu dan orang awam.
“Kes diklasifikasikan di bawah Rule 14(1) LN 165/59 (Tidak tarik brek tangan dengan kemas),” ujarnya.
Mengulas lanjut, Sarifudin berkata, orang ramaii yang mempunyai sebarang pertanyaan atau pun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran. K Online
Lori rempuh Honda City hingga terbalik
Baca Artikel Menarik:
- Siakap 90 sen seekor laku keras
- Pendakwah selebriti letak harga puluhan ribu?
- Tangguh pendaftaran PADU hingga isu teknikal diperbetulkan – Kian Ming
- PAS Negeri Sembilan kecewa Peja tak ambil tahu keadaan PN negeri
- Lan Zailan jual kereta kesayangan kerana tiada tawaran berlakon
- Hezbollah diminta bertindak selepas Al Arouri dibunuh Israel
- Ayu Puteh enggan mengalah disaman RM142 juta
- Guru bercerai kerana duka lara
- Cara daftar PADU dan maklumat diperlukan
- Langkah Dubai, J-Kom perlu dirombak
- Zon batu kapur bagaikan bom jangka
- Pembantu rumah didakwa larikan anak selebriti wanita
- Mereka sendiri yang gagalkan Langkah Dubai
- Pemegang PhD jual sayur untuk tampung kos hidup
- Filem Pendekar Awang: Darah Indera Gajah, Fazura akui gementar saluran peranakan terjejas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf
Suami isteri merupakan guru dan doktor ditemui mati di kondominium
Suami tak sedar diri ambil harta saya beri perempuan lain – Hajar (Video)
Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong
You must be logged in to post a comment.