Japan Airlines bawa 300 penumpang terbakar di lapangan terbang Haneda (Video)

Japan Airlines bawa 300 penumpang terbakar di lapangan terbang Haneda (Video)

Sebuah pesawat yang membawa lebih 300 penumpang terbakar di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo hari ini selepas berlanggar dengan sebuah pesawat Pengawal Pantai.

Portal berita MailOnline melaporkan, rakaman video menunjukkan pesawat Japan Airlines terbakar ketika ia berada di landasan dengan api marak dilihat keluar dari tingkap penumpang.



Pesawat itu bertembung dengan sebuah pesawat Pengawal Pantai ketika ia melalui landasan, lapor stesen penyiaran TV Japan, dengan perlanggaran itu menyebabkan pesawat terbakar.

“Ia terbakar di hadapan saya,” kata seorang saksi menerusi hantaran di platform X.

Beberapa pasukan bomba dikerahkan ke lokasi kejadian dengan rakaman dari stesen penyiar Jepun, NHK menunjukkan anggota bomba bertungkus-lumus cuba memadamkan api. K Online

Japan Airlines bawa 300 penumpang terbakar di lapangan terbang Haneda (Video)



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kes guru dicerai suami kerana ‘gagal bertukar’, KPM hentikan penempatan ‘paksa’ – Pakar Pendidikan



Polis buru samun ‘ala mafia’ di Klang [VIDEO]

Ini sebab mengapa MRSM dan SBP perlu dihadkan untuk tingkatan 4 dan 5 – Majlis Profesor Negara



Meerqeen, Anna kekal tersenarai 100 wajah terkacak, cantik di dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker