Anwar ke Kelantan tinjau situasi banjir esok

Anwar ke Kelantan tinjau situasi banjir esok

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan akan turun ke Kelantan bagi meninjau sendiri situasi bencana banjir di negeri itu, esok.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Menurut Anwar, isu mengenai banjir turut dibincangkan dalam pertemuannya dengan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin di Phuket, semalam.

Anwar turut mendoakan supaya bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri ketika ini segera pulih.

“Berkesempatan bertemu dengan rakan sejawat Srettha Thavisin di Phuket, Thailand semalam.

“Kami juga sempat bicara terkait situasi banjir yang berlaku ketika ini dan Insya-Allah, esok saya akan turun ke Kelantan.

“Ia bagi meninjau sendiri situasi yang semakin membimbangkang di sana. Semoga Allah segera mengangkat bencana ini,” katanya dalam hantaran itu.

Setakat pukul 6 pagi tadi, jumlah mangsa banjir dipindahkan di enam negeri yang terjejas terus meningkat kepada 28,310 orang berbanding 25,938 orang, petang semalam.

Laporan terkini kejadian bencana yang dikeluarkan Pusat Kawalan Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan Kelantan kekal dengan jumlah mangsa tertinggi sebanyak 17,466 orang yang dipindahkan ke 89 pusat pemindahan sementara (PPS), meningkat daripada 15,145 orang yang ditempatkan di 92 PPS pada 4 petang semalam.

Di Terengganu pula, jumlah mangsa sedikit menurun kepada 10,103 orang yang berlindung di 113 PPS berbanding 10,199 orang di 125 PPS petang semalam, begitu juga di Pahang yang merekodkan seramai 485 mangsa di sembilan PPS berbanding 590 mangsa di 13 PPS. Utv

Anwar ke Kelantan tinjau situasi banjir esok

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sumpah 2 mahaguru silat ternama, Allahyarham Omardin dan Meor Abdul Rahman

Akhirnya Daim disiasat atas dakwaan rasuah & pengubahan wang haram

Mercedes ‘Avatar’ hanya pandu pakai ‘niat’

Pakar bedah tumbuk pesakit semasa pembedahan [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker