Anggota Rela maut dipukul selepas menegur dua lelaki mabuk

Anggota Rela maut dipukul selepas menegur dua lelaki mabuk

Anggota Rela maut dipukul menggunakan topi keledar selepas menegur dua lelaki yang dalam keadaan mabuk di sebuah flat di Damansara, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian berlaku pada 9.15 malam ketika mangsa yang berusia 45 tahun naik lif bersama suspek.



“Mangsa kemudian menegur suspek berkenaan kerana mabuk, namun suspek mengejar mangsa sehingga ke hadapan rumah dan memukul mangsa.

“Mangsa dipukul menggunakan topi keledar dan kayu oleh kedua-dua suspek berkenaan sehingga tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin, jiran mangsa kemudian menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian terbabit.

“Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kemudian merampas topi keledar, pemetik api dan kayu dipercayai digunakan suspek.



“Susulan itu, pada 12.30 tengah malam, suspek berusia 26 tahun berjaya ditahan di Kota Damansara,” katanya.

Katanya, hasil soal siasat mendapati suspek mengaku melakukan perbuatan berkenaan bersama seorang lelaki yang berusia 24 tahun.

“Polis kini giat mengesan seorang lagi suspek yang terbabit dalam kejadian berkenaan.

“Suspek direman selama enam hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. HM



Anggota Rela maut dipukul selepas menegur dua lelaki mabuk


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Wanita ‘korek’ bayi dari perut ibu berdepan hukuman mati



Lelaki panik tangan misteri muncul bawah pintu tandas awam

Pemuda cekik saudara sendiri, gantung mayat pada paip



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker