PU Syed Sekolahkan Nabila Huda

PU Syed Sekolahkan Nabila Huda

Jika sebelum ini pelakon Nabila Huda mengeluarkan kenyataan bahawa protes terhadap penganjuran konsert penyanyi antarabangsa di Malaysia adalah sebagai tidak matang, Pencetus Ummah (PU) Syed Mohd Bakri Syed Ishak memberi respons berkaitan pandangan tersebut.

Dalam entri yang dibuat menerusi akaun Instagram, PU Syed menerangkan tentangan yang dibuat bukanlah disebabkan sikap yang tidak matang tetapi kerana dapat membezakan perkara yang baik atau pun buruk.



PU Syed turut menjelaskan tentangan itu dilakukan kerana tidak mahu konsert penyanyi antarabangsa tersebut menjadi punca kepada kemaksiatan di negara ini.

Kita tak hendak supaya ia menjadi punca kepada kemaksiatan kepada Allah SWT.”
Dalam pada itu, PU Syed sempat ‘memerli’ Nabila Huda dengan menyatakan hidup ini bukannya suatu lakonan dan hanya mengikut perintah Allah kerana menjayakan watak semata-mata.

Puan Nabila mungkin terlebih matang bila mana tuntutan Allah untuk menutup aurat masih lagi gagal dilaksanakan kecuali dalam lakonan semata-mata.”

Tambahnya lagi, dia berterima kasih kepada pelakon itu kerana melabel orang yang menentang kemungkaran sebagai tidak matang.



Sekadar info, PU Syed membuat bantahan terhadap konsert kumpulan terkenal dari Korea Selatan, Blackpink yang bakal berlangsung pada 4 Mac 2023.

PU Syed turut berkeras hendak melakukan perhimpunan bantahan jika konsert berkenaan masih diteruskan. Bn

PU Syed Sekolahkan Nabila Huda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Roti Gardenia naik harga lagi

PN ada kelebihan – Shabery



Warkah Najib dari Penjara Kajang, suasana Dewan Merdeka hiba



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker