Menantu larikan wang, barang kemas sehari selepas berkahwin

Seorang wanita melarikan diri dari rumah mentuanya bersama wang tunai berjumlah 150,000 rupee (RM8,535) dan beberapa barang kemas sehari selepas berkahwin, lapor stesen penyiaran NDTV hari ini.

Kes itu dilaporkan kepada polis oleh bapa pengantin lelaki, Ashok Kumar. Lelaki itu sebelum ini meminta kenalan dan saudara-maranya mencari seorang calon isteri untuk anak bongsunya.

Seorang kenalan Ashok, Manish kemudian memperkenalkannya kepada seorang wanita bernama Manju.



Manju mendakwa bahawa dia mengenali calon isteri yang sesuai untuk anak Ashok.

Kata Manju, gadis itu berasal daripada keluarga miskin dan tidak mempunyai wang. Ashok memberitahu bahawa keluarganya tidak akan meminta mas kahwin.

“Selepas gadis itu, Preeti mendapat restu keluarga saya, saya memberikan wang 100,000 rupee (RM5,688) dan beberapa pakaian kepada keluarganya.

“Selepas berkahwin, saya membawa pulang menantu (Preeti) saya ke rumah. Terdapat perayaan pada waktu malam tetapi pada keesokan harinya, anak saya mendapati Preeti hilang ketika dia hendak keluar berkerja,” kata Kumar.



Apabila Kumar memeriksa rumahnya, dia mendapati Preeti melarikan wang 150,000 rupee dan barang kemas.

Laporan polis telah dibuat terhadap Preeti, Manju dan seorang lagi suspek, manakala polis menyatakan bahawa mereka akan ditangkap tidak lama lagi. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS

PU Abu cerai 2 isterinya



Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10

Sarimah tegur pengacara mana tu?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker