Cubaan jatuhkan Ketua Menteri P. Pinang, Chow jawab penafian Guan Eng

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow menegaskan beliau tidak perlu mengemukakan sebarang bukti kepada parti DAP susulan timbul dakwaan terdapat pihak-pihak yang mahu menjatuhkan beliau sebagai teraju kerajaan negeri ketika ini.

Kon Yeow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata, beliau hanya perlu mengemukakan bukti sekiranya benar-benar terdapat usaha untuk menjatuhkan beliau daripada jawatan Ketua Menteri.

“Sekiranya ada (usaha untuk jatuhkan), kalau tidak ada tidak perlu bukti,”katanya selepas merasmikan The Flag Project di South Wing, di Penang Institute, di sini hari ini.



Pengerusi DAP, Lim Guan Eng hari ini mencabar Kon Yeow menunjukkan bukti mengenai dakwaan dibuat kononnya wujud cubaan untuk menjatuhkan beliau sebagai teraju kerajaan negeri.

Desas-desus mengenai usaha menggantikan Kon Yeow sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang timbul sebelum Pilihan Raya Negeri yang berlangsung di enam negeri pada 12 Ogos lalu.

Terkini, sebuah akhbar berbahasa Cina turut melaporkan dakwaan Kon Yeow bahawa ada orang ‘dalam dan luar DAP’ merancang ‘mengalahkan beliau’.

Mengulas lanjut, Kon Yeow berkata, pasukan pentadbiran kerajaan negeri termasuk Exco-exco yang baharu dilantik memberi kerjasama terhadap beliau, malah pasukan berkenaan juga boleh ditambah baik bagi memastikan visi Penang2030 dapat dicapai.



”Pasukan sekarang (Exco dan pentadbiran negeri) beri lebih kerjasama, kita ada program SEED, banyak lagi program kita perlu buat.
Pasukan sekarang juga boleh ditambah baik, mana-mana pun boleh tambah baik,” katanya.

Selain itu, Kon Yeow turut menegaskan beliau dipilih oleh parti sebagai Ketua Menteri untuk tempoh satu penggal, justeru beliau menyeru semua pihak sama ada di dalam atau di luar parti agar bekerjasama dengan beliau.

“Parti sudah buat keputusan kalau mereka tidak mahu terima saya pun, saya tak boleh buat apa,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kon Yeow berkata, beliau enggan mengulas lanjut mengenai isu membabitkan penamatan perjanjian usaha sama dengan pihak UMECH Land Sdn. Bhd. dalam pembelian tanah milik kerajaan negeri di Batu Kawan dekat sini.



Kon Yeow berkata, beliau akan menunggu jawapan daripada syarikat itu sebelum mengulas lanjut.

”Kita serahkan kepada syarikat itu untuk membuat keputusan. Kita tidak boleh mendahului tindakan mereka.

”PDC akan memaklumkan keputusan Lembaga Pengarah kepada syarikat itu mengikut perjanjian, kita akan tunggu,” katanya. – UTUSAN

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS



PU Abu cerai 2 isterinya

Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10



Sarimah tegur pengacara mana tu?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker