Ramai lagi akan didakwa ceroboh hutan simpan Sik – Saifuddin

Ramai lagi akan didakwa ceroboh hutan simpan Sik – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata lebih ramai suspek akan didakwa kerana menceroboh hutan simpan di Sik, Kedah yang dikaitkan dengan dakwaan kecurian unsur nadir bumi (REE).

Dia juga membayangkan sekali lagi bahawa kerajaan negeri dan agensi terlibat dalam kes itu.



“Pencuri tertangkap dan didakwa dan disabit kesalahan oleh mahkamah. Ada yang masih tunggu.

“Wujud elemen jenayah pemerdagangan orang dan jenayah terancang. Polis terus menyiasat.

“Masih ada senarai yang dicari polis tapi menghilangkan diri.

“(Adakah) wujud pembabitan kerajaan negeri dan agensi-agensi di bawahnya? Sabar,” kata Saifuddin pada hantaran Facebook hari ini.



Kenyataannya dibuat selepas laporan sembilan individu termasuk lima warga asing ditahan dan didakwa di Mahkamah Sesyen Baling hari ini kerana menceroboh kawasan hutan simpan.

Sindrom penafian

Polis mengesahkan sembilan individu itu turut disyaki menjalankan penerokaan REE.

Saifuddin berkata penahanan dan pertuduhan seterusnya di mahkamah membuktikan kecurian memang berlaku.



“Yang memilih untuk ‘denial syndrome’ saya tak upaya nak buat apa,” katanya.

Saifuddin telah bertelagah berlarutan dengan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berhubung dakwaan kecurian REE di Bukit Enggang, Sik.

Menteri dalam negeri sebelum ini mendedahkan dakwaan kecurian REE di Bukit Enggang dan mendakwa Menteri besar Kedah menyedari isu itu.

Sanusi menafikan dakwaan itu dan berkata pendedahan itu dibuat secara berniat jahat memandangkan pilihan raya negeri yang sedang berlangsung di Kedah pada masa itu.



Sanusi sejak itu menyaman Saifuddin kerana memfitnah perkara ini. FMT

Ramai lagi akan didakwa ceroboh hutan simpan Sik – Saifuddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku



Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker