Perjanjian normalisasi Israel akan gagal – Ebrahim Raisi
Perjanjian normalisasi Israel akan gagal – Ebrahim Raisi
Presiden Iran, Ebrahim Raisi, hari ini memberitahu bahawa usaha tajaan Amerika Syarikat (AS) untuk menormalisasikan hubungan Israel dengan negara-negara Teluk Arab, termasuk Arab Saudi, ‘idak akan berjaya’.
Dalam temu bual dengan CNN, Raisi juga berkata, Iran tidak memaklumkan ia tidak mahu pemeriksa nuklear daripada badan pemerhati nuklear Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berada di negara itu.
Israel bergerak ‘lebih dekat’ dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bahrain, Sudan dan Maghribi berikutan inisiatif diplomatik yang dipacu oleh AS pada 2020 yang mendorong untuk normalisasi.
Menjalin hubungan dengan Arab Saudi akan menjadi hadiah utama bagi Israel dan mengubah geopolitik Timur Tengah.
Negara yang kaya dengan minyak itu adalah tuan rumah kepada beberapa tapak paling suci bagi Islam.
Kedua-duanya, Israel dan Arab Saudi serta negara Arab lain, berkongsi permusuhan bersama terhadap Iran, sebuah negara berfahaman Syiah dan sering menyaingi Arab Saudi.
Sebelum ini, Putera Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman, berkata potensi menjalin hubungan bersejarah dengan Israel saban hari semakin ‘lebih hampir’, namun mahu isu Palestin diselesaikan terlebih dulu.
Beliau dalam satu temu bual dengan Fox News, juga menafikan bahawa Arab Saudi menangguhkan rundingan dengan Israel, yang diselaraskan oleh AS.
Tegasnya, kerajaan Arab Saudi mahu melihat kemajuan dalam rundingan damai Palestin, manakala kerajaan haluan kanan pimpinan Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu, masih melaksanakan dasar penuh kontroversi di Tebing Barat yang diduduki.
“Bagi kami, isu Palestin adalah sangat penting. Kita perlu selesaikan bahagian itu. Kita perlu meringankan kehidupan rakyat Palestin,” katanya. BH
Perjanjian normalisasi Israel akan gagal – Ebrahim Raisi
Baca Artikel Menarik:
- Ibarat beri kereta kepada monyet – TMJ
- Lelaki onani atas motosikal ditahan polis
- Muhyiddin semakin hilang peranan tertinggi dalam PN
- Saya bukan penyondol – Linda AF
- Turun dan lihat sendiri, bukan duduk kat rumah sambil makan beras import – Dr Akmal
- Erma beri amaran kepada Nabila Huda
- Radzi kena bertaubat lakukan qazaf – Khairuddin
- Ada suami minta cerai sebab isteri masak kurang garam
- Minyak masak berbotol jatuh dari langit, rezeki bergolek buat pengguna jalan raya [VIDEO]
- Menteri agama bidas Radzi Jidin buat tuduhan liwat atas PM
- Waris mangsa kemalangan maut saman Google Maps
- Bukan Sofyank – Mia Sara
- Pencen ahli politik perlu dimansuhkan dan ganti caruman KWSP
- Terkejut tengok bil, wanita Jepun panggil polis
- Isteri meninggal selepas sehari suami maut kemalangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.