Lelaki obes hobi jalan kaki hilang 43 kilogram

Seorang lelaki tular di media sosial Indonesia selepas berkongsi pengalaman menurunkan berat badan sebanyak 43 kilogram dalam masa cuma setahun, lapor laman berita Detik hari ini.
Fajar Santoso dari Bali, menurunkan berat badan daripada 131 kilogram kepada 88 kilogram setelah mengamalkan beberapa kaedah seperti berpuasa.
“Saya cuba cari diet yang sesuai dan betul. Akhirnya saya menemui kaedah diet berpuasa selang-seli.
“Selain itu, saya suka bersenam selepas bangun pagi. Saya hanya berjalan kerana ketika itu masih obes dan tidak boleh berjoging,” katanya.
Pada bulan pertama, Fajar akan berjalan selama 30 minit, namun selepas rutin itu menjadi kebiasaan, dia mampu melakukan senaman jalan kaki konsisten selama 45 minit.
Pada sebelah petang pula, Fajar akan melakukan senamrobik di rumah.
“Sasaran saya adalah untuk memiliki berat ideal 70 hingga 73 kilogram. Sekarang, berat saya masih 88 kilogram,” tambahnya.
Fajar turut berkongsi beberapa tips untuk menurunkan berat badan secara konsisten.
Antaranya adalah mempunyai keazaman yang kuat dan tidak perlu menetapkan sasaran pada setiap bulan, manakala diet akan menjadi konsisten apabila sesuai dengan badan. – Agensi
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ibarat beri kereta kepada monyet – TMJ
- Lelaki onani atas motosikal ditahan polis
- Muhyiddin semakin hilang peranan tertinggi dalam PN
- Saya bukan penyondol – Linda AF
- Turun dan lihat sendiri, bukan duduk kat rumah sambil makan beras import – Dr Akmal
- Erma beri amaran kepada Nabila Huda
- Radzi kena bertaubat lakukan qazaf – Khairuddin
- Ada suami minta cerai sebab isteri masak kurang garam
- Minyak masak berbotol jatuh dari langit, rezeki bergolek buat pengguna jalan raya [VIDEO]
- Menteri agama bidas Radzi Jidin buat tuduhan liwat atas PM
- Waris mangsa kemalangan maut saman Google Maps
- Bukan Sofyank – Mia Sara
- Pencen ahli politik perlu dimansuhkan dan ganti caruman KWSP
- Terkejut tengok bil, wanita Jepun panggil polis
- Isteri meninggal selepas sehari suami maut kemalangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET