Haqiem Rusli mohon doa, isteri kembali bertudung
Selepas sekian lama tidak berkongsi foto isteri tercinta, Anis Sofea dalam Instagram selepas wanita itu mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab, penyanyi Haqiem Rusli menarik perhatian peminatnya apabila memuat naik video isterinya itu dalam keadaan manis bertudung.
Lebih menarik perhatian adalah kapsyen yang ditulis Haqiem apabila meminta peminat untuk mendoakan perkara yang baik-baik untuk perkahwinannya.
“Sayang Akem (Haqiem), tidak kira bagaimana sakitnya, bersabarlah. Keadaan akan menjadi lebih baik.
“Awak melalui fasa naik turun bersama saya. Kami saling mencintai. Saya cintakan awak. Doakan untuk kami yang baik-baik sahaja,” ujarnya.
Dengan menggunakan muzik latar lagu Bukan Cinta Biasa nyanyian Afghan, kelihatan Anis cantik mengenakan tudung berwarna biru ketika berada di sebuah kedai makan yang terletak di tepi jalan.
Dalam ruangan komen, ramai mendoakan kebahagiaan rumah tangga penyanyi itu bersama isterinya. Malah perkongsian pelantun Tergantung Sepi itu turut menerima komen daripada ibunya, Nazrah Nordin yang mendoakan kesejahteraan anak dan menantunya.
“Mak sentiasa doakan yang baik-baik untuk kedua-dua anak mak. Amin. Cantiknya begini (bertudung),” ujar Nazrah.
“Hebat kau Haqiem bila mengutamakan Allah SWT dan syariat agama. Setelah sekian lama, akhirnya kau kongsi gambar isteri dalam Instagram dalam keadaan cantik menutup aurat. Hebat. Semoga Allah terus memberkati segala urusan kau. Amin,” ujar seorang pengikutnya.
“Cantik kalau bertudung. Semoga istikamah dan dipermudahkan urusan kamu berdua,” ujar seorang lagi netizen.
Dalam satu laporan Kosmo! pada April lalu, Haqiem atau nama lengkapnya Ridzuan Haqiem Rusli, 26, mengakui bahawa dirinya berada dalam fasa menempuh ujian rumah tangga susulan tindakan isterinya tidak lagi berhijab.
Meskipun enggan memperincikan lebih lanjut, Haqiem dilihat lebih bersikap profesional selain enggan cepat melatah dengan pelbagai dakwaan yang dilemparkan.
“Saya tidak boleh komen tentang ini. Saya rasa ini private life (kehidupan peribadi) dan saya hendak mereka (peminat) tahu, saya sudah sehabis baik untuk menjadi suami yang baik.
“Saya sebagai suami, bagi dia (isteri) masa, saya tak nak memaksa (isteri memakai hijab) tetapi saya akan cuba sehabis baik untuk menambah baik,” katanya.
Terdahulu, pasangan sejoli itu disatukan sebagai suami isteri pada 19 November 2021 selepas dua tahun mengenali hati budi
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ibarat beri kereta kepada monyet – TMJ
- Lelaki onani atas motosikal ditahan polis
- Muhyiddin semakin hilang peranan tertinggi dalam PN
- Saya bukan penyondol – Linda AF
- Turun dan lihat sendiri, bukan duduk kat rumah sambil makan beras import – Dr Akmal
- Erma beri amaran kepada Nabila Huda
- Radzi kena bertaubat lakukan qazaf – Khairuddin
- Ada suami minta cerai sebab isteri masak kurang garam
- Minyak masak berbotol jatuh dari langit, rezeki bergolek buat pengguna jalan raya [VIDEO]
- Menteri agama bidas Radzi Jidin buat tuduhan liwat atas PM
- Waris mangsa kemalangan maut saman Google Maps
- Bukan Sofyank – Mia Sara
- Pencen ahli politik perlu dimansuhkan dan ganti caruman KWSP
- Terkejut tengok bil, wanita Jepun panggil polis
- Isteri meninggal selepas sehari suami maut kemalangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET