Polis beri amaran jangan sentuh isu 3R
Polis beri amaran jangan sentuh isu 3R
Polis mengingatkan semua pihak supaya tidak menyentuh perkara yang boleh menganggu gugat ketenteraman awam termasuk isu 3R iaitu kaum, agama dan institusi diraja sepanjang kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata pihak bertanding dalam PRK itu juga perlu memohon permit ceramah daripada polis bagi tujuan keselamatan selain tidak melakukan perbuatan seperti merosakkan bahan kempen pihak lawan.
Beliau berkata proses penamaan calon bagi PRK DUN Pelangai hari ini berjalan lancar dengan tiada insiden tidak diingini berlaku.
“Kita berharap semua calon yang bertanding dan penyokong parti untuk terus mematuhi peraturan pilihan raya dan undang-undang,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian Jambatan Guai di Kampung Seberang Guai di sini hari ini.
Selain itu, Yahaya juga menasihatkan parti bertanding agar tidak memasang poster, bendera atau bahan kempen di simpang jalan kerana perbuatan itu boleh menganggu pandangan dan membahayakan pengguna jalan raya.
PRK DUN Pelangai menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Datuk Amizar Abu Adam yang mewakili Barisan Nasional (BN), Kasim Samat (Perikatan Nasional) dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 7 Oktober ini manakala 3 Oktober sebagai tarikh pengundian awal.
Ditanya perkembangan siasatan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jengka Shahril Azman Abd Halim dari parti PAS berhubung dakwaan memainkan sentimen 3R di akaun TikTok baru-baru ini, Yahaya berkata polis sedang melengkapkan siasatan kes tersebut.
Beliau berkata siasatan dibuat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pada 13 September lepas, Pegawai khas Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman, Ahmed Wafiuddin Shamsuri membuat laporan polis mendakwa Shahril Azman memainkan sentimen 3R semasa berada dalam DUN Pelangai dengan video dimuat naik di akuan media TikTok ADUN tersebut. HM
Polis beri amaran jangan sentuh isu 3R
Baca Artikel Menarik:
- Ibarat beri kereta kepada monyet – TMJ
- Lelaki onani atas motosikal ditahan polis
- Muhyiddin semakin hilang peranan tertinggi dalam PN
- Saya bukan penyondol – Linda AF
- Turun dan lihat sendiri, bukan duduk kat rumah sambil makan beras import – Dr Akmal
- Erma beri amaran kepada Nabila Huda
- Radzi kena bertaubat lakukan qazaf – Khairuddin
- Ada suami minta cerai sebab isteri masak kurang garam
- Minyak masak berbotol jatuh dari langit, rezeki bergolek buat pengguna jalan raya [VIDEO]
- Menteri agama bidas Radzi Jidin buat tuduhan liwat atas PM
- Waris mangsa kemalangan maut saman Google Maps
- Bukan Sofyank – Mia Sara
- Pencen ahli politik perlu dimansuhkan dan ganti caruman KWSP
- Terkejut tengok bil, wanita Jepun panggil polis
- Isteri meninggal selepas sehari suami maut kemalangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai