Khairuddin bela MP DAP, petik al-Quran sebagaimana dihuraikan ulama dibenarkan
Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama Umno, Mohd Khairuddin Aman Razali berpendapat tidak salah bagi orang bukan Islam berhujah dengan al-Quran sebagaimana huraian alim ulama.
Kata Khairuddin, dia telah mendengar rakaman video seorang ahli parlimen bukan Islam yang menyebut tentang ketaatan kepada pemimpin dengan memetik firman Allah, dan berpendapat tiada apa yang salah mengenainya.
“Tiada yang salah dalam hujahan beliau kerana itulah yang telah dihuraikan oleh para alim ulama Islam tentang kepentingan ketaatan kepada ulil amri dalam Islam.
“Ia merangkumi ketaatan kepada Yang di-Pertuan Agong selaku ketua negara dan ketaatan kepada kerajaan Yang di-Pertuan Agong.
“Malah kewujudan kelompok Khawarij sebagaimana dihurai oleh alim ulamak Islam dan dipetik juga oleh ahli parlimen berkenaan adalah tepat dan benar kerana Khawarij adalah golongan yang memberontak dan derhaka kepada pemerintah Islam khususnya Khalifah Uthman dan Khalifah Ali (r.a),” katanya dalam satu kenyataan.
Semalam polis mengumumkan siasatan terhadap Ahli Parlimen Ipoh Timur, Howard Lee berhubung video memaparkan dia memetik terjemahan al-Quran yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Perak Yusri Hassan Basri berkata siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman susulan laporan pertama yang dibuat di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.
Dalam video tersebut, Lee memetik sebahagian ayat 59 surah an-Nisaa’ yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.”
Dia juga dilihat mengkritik Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan sejumlah pemimpin parti itu yang didakwanya membawa fahaman Khawarij yang mengkafirkan umat Islam lain.
‘DHPP pun baca ayat al-Quran’
Dalam pada itu, Khairuddin berkata Al-Quran adalah kitab ilmu, kitab hidayah dan panduan bagi kehidupan manusia dan sesiapa juga termasuk bukan muslim boleh mengambil pengajaran serta ilmu yang terkandung di dalamnya.
Bahkan Khairuddin berkata terdapat pimpinan bukan Islam dalam Dewan Himpunan Pendukung PAS (DHPP) yang sentiasa berhujah malah membaca ayat-ayat al-Quran dalam ucapan mereka.
“Justeru saya merasa pelik bila ada pimpinan tertinggi PAS yang mempertikai dan membuat provokasi apabila ada bukan Islam di luar PAS yang turut berhujah dengan al-Quran.
“Malah, dulu ketika PAS bertahaluf dan bekerjasama politik dengan DAP, pemimpin DAP membaca ayat al-Quran di pentas-pentas ceramah PAS dan menjadi kebanggaan PAS pada ketika itu.
“Usahlah berpolitik seolah Islam hanya milik kita sahaja. Usahlah juga membuat provokasi demi menarik sokongan orang Islam dengan menaikkan sentimen kebencian,” ujarnya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Ibarat beri kereta kepada monyet – TMJ
- Lelaki onani atas motosikal ditahan polis
- Muhyiddin semakin hilang peranan tertinggi dalam PN
- Saya bukan penyondol – Linda AF
- Turun dan lihat sendiri, bukan duduk kat rumah sambil makan beras import – Dr Akmal
- Erma beri amaran kepada Nabila Huda
- Radzi kena bertaubat lakukan qazaf – Khairuddin
- Ada suami minta cerai sebab isteri masak kurang garam
- Minyak masak berbotol jatuh dari langit, rezeki bergolek buat pengguna jalan raya [VIDEO]
- Menteri agama bidas Radzi Jidin buat tuduhan liwat atas PM
- Waris mangsa kemalangan maut saman Google Maps
- Bukan Sofyank – Mia Sara
- Pencen ahli politik perlu dimansuhkan dan ganti caruman KWSP
- Terkejut tengok bil, wanita Jepun panggil polis
- Isteri meninggal selepas sehari suami maut kemalangan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai