Bekalan putus di Pasir Gudang, KPDN ambil tindakan segera

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengambil tindakan segera terhadap aduan Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim yang mendakwa bekalan makanan asas di kawasan itu terputus.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh, berkata beliau memberi maklum balas segera terhadap aduan terbabit tidak lama selepas dimaklumkan perkara itu sebelum mengarahkan pengarah negeri untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Menurutnya, pihaknya juga akan melaksanakan Jualan Rahmah pada 23 dan 24 Sept di Masai serta pada 30 Sept di Taman Pasir Putih.



“Kalau Jualan Rahmah ada, maksudnya bekalan ada lah,” katanya kepada FMT.

Terdahulu Hassan berkata masalah itu semakin meruncing selain mendakwa rakyat marah kerana bekalan makanan utama seperti beras tempatan, minyak masak, telur ayam dan gula pasir sukar didapati.

Sebelum ini, Fuziah berkata KPDN akan melaksanakan program Jualan Rahmah dua kali sebulan di 640 Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara, bermula bulan ini.

Jualan itu diperkenalkan selepas kementerian itu menerima peruntukan tambahan RM50 juta seperti yang diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, 30 Jul lalu.



Kenaikan harga beras import sejak awal bulan ini menyebabkan permintaan terhadap beras tempatan meningkat dan turut memberi kesan kepada bekalannya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku



Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker