Hukum berjalan di hadapan orang yang sedang solat

Hukum berjalan di hadapan orang yang sedang solat

Pelik masyarakat muslim kita ni. Macamlah sudah tiada tempat lain hendak solat. Depan pintu tempat orang lalu lalang juga yang dia solat. Sedangkan masih banyak lagi ruang kosong dalam masjid yang boleh digunakan untuk bersolat. Sudahnya, jemaah yang ingin keluar masuk ke ruang solat menjadi serba salah dan terpaksa juga menunggu sehingga ia habis memberi salam.

Itu bagi yang faham tentang hadis larangan Baginda s.a.w. supaya tidak lalu di hadapan orang yang sedang solat. Namun bagi yang jahil, sudah tentu diredahnya juga. Iyalah, dalam kalangan mereka itu mungkin juga ada yang sedang terkejar masa.

Dan dalam masa yang sama, berlaku sebaliknya apabila seseorang sengaja lalu di hadapan orang yang sedang solat. Walaupun masih terdapat banyak lagi ruang kosong lain untuk ia lintas. Ini situasi yang kerap kali dilihat berlaku di masjid-masjid.

Dek kerana itulah orang yang solat harus meletakkan sutrah iaitu sesuatu objek sebagai halangan antara dirinya dan seorang yang lintas di hadapannya, jika ia merasakan akan ada orang yang melintas.

Dalam hal ini tiada perbezaan di kalangan para ulama sekiranya seseorang lalu di hadapan sutrah hukumnya tidak mengapa. Akan tetapi jika ia lalu ditengah-tengah antara orang yang sedang solat dengan sutrahnya, hukumnya adalah berdosa.

Itu bersandarkan pada hadis Abu Said al-Khudri r.a. Baginda s.a.w. bersabda,

“Jika salah seorang dari kalian solat menghadap sesuatu yang ia jadikan sutrah terhadap orang lain. Kemudian ada seseorang yang cuba lalu di antara ia dengan sutrah, maka cegahlah ia. Jika ia enggan dicegah maka tolaklah ia dengan keras kerana sesungguhnya ia adalah syaitan. (HR Bukhari)

Manakala dalam hadis yang lain, Baginda s.a.w. juga bersabda,

“Janganlah solat kecuali menghadap sutrah. Dan jangan biarkan seseorang lalu di depanmu, jika ia enggan dilarang, maka tolaklah dengan keras kerana sesungguhnya bersamanya ada Qarin (syaitan).” (HR Ibnu Khudzaimah.)

Albani dalam Sifatu Shalatin Nabi mengatakan bahawa sanadnya jayid ashl yang mana hadis ini terdapat dalam Sahih Muslim.

Dari kedua hadis di atas, jelas pada kita dilarang sama sekali lalu di antara orang yang solat dengan sutrahnya. Hendaklah ia mencari jalan di luar sutrah, atau lalu di belakang orang yang solat tersebut. Atau mencari celah antara orang yang solat, atau dengan cara lain yang tidak melanggar larangan ini.

Solat Tanpa Sutrah

Begitupun sekiranya seseorang solat tanpa sutrah, tetap dilarang lalu di hadapan orang tersebut. Hukum melakukannya berdosa berkait dengan hadis dari Abu Juhaim al-Ansari bahawa Nabi s.a.w. bersabda,

“Andaikan seseorang yang lalu di depan orang yang solat itu mengetahui dosanya perbuatan itu, nescaya diam berdiri selama 40 tahun itu lebih baik baginya daripada lalu.” (HR Bukhari dan Muslim)

Namun begitu, para ulama masih berbeza pendapat dalam mendefinisikan lafaz (di depan orang solat) iaitu berapa batasan jarak di depan orang solat yang tidak dibolehkan lalu. Dalam hal ini terdapat banyak pendapat dinukil dari para ulama.

Ada yang menyatakan tiga hasta dari kaki orang yang sedang solat. Ia sejauh lemparan batu, dengan lemparan yang biasa tidak kuat mahupun lemah. Pendapat lain mengatakan satu langkah dari tempat solat.

Manakala pendapat ketiga adalah kembali kepada urf iaitu tergantung pada anggapan orang-orang setempat. Jika sekian adalah jarak yang masih termasuk istilah “dihadapan orang solat” maka itulah jaraknya.

Antara kaki dan tempat sujud orang yang solat, dikuatkan oleh Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin adalah antara kaki dan tempat sujud orang yang solat. Kerana orang yang solat tidak memerlukan lebih dari jarak tersebut. Maka ia tidak berhak untuk menghalangi orang yang lalu diluar jaraknya tadi.

Dengan demikian, sekiranya ingin lalu di hadapan orang solat yang tanpa sutrah, hendaknya ia lalu diluar jarak sujudnya, dan ini dibolehkan. Wallahu a’lam Utv

Hukum berjalan di hadapan orang yang sedang solat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku

Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker