Atlet boling Nerosha peluk Islam

Atlet boling Nerosha peluk Islam

Kehidupan sebagai seorang atlet kebangsaan yang dikelilingi rakan Muslim telah membuka pintu hati atlet boling wanita negara, Nerosha Keligit Thiagarajan untuk memeluk Islam.

Nerosha, 27, melafazkan dua khalimah syahadah di hadapan Pegawai Unit Dakwah dan Pembangunan Insan (UDPI) Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kebangsaan, Muhammad Jais Mariappan Abdullah di ibu pejabat pertubuhan itu, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook PERKIM Kebangsaan, Nerosha yang berasal dari Sarawak, berkata dia tertarik dengan Islam kerana kehidupannya sebagai seorang atlet dikelilingi dengan rakan-rakan Muslim yang mengerjakan ibadah Islam.

Katanya, dia sering bertanyakan kepada rakan-rakan Muslimnya kewajipan bersolat, berpuasa dan ibadah lain.

“Saya mempercayai dan meyakini dengan keesaan Allah SWT,” katanya.

Dalam penghijrahannya itu, dia berazam untuk mempelajari dan mendalami agama Islam dengan mengikuti Kelas Pengajian Islam PERKIM Kebangsaan (KPIPK) yang diadakan pada hujung minggu.

Tambahnya, dia turut merancang untuk menamatkan zaman bujangnya dengan ikatan perkahwinan bersama teman lelakinya yang juga bekas pemain ragbi kebangsaan, Mohamad Sofian Kamil pada tahun hadapan.

Nerosha antara atlet yang menyinar dalam sukan boling apabila pernah mengharumkan nama Malaysia dengan meraih emas Kejohanan Dunia adalah pada edisi 2017 di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Selain itu, dia juga memenangi perak pada temasya Sukan SEA 2021 di Hanoi selepas meraih kedudukan kedua dalam acara berpasukan wanita. BH

Atlet boling Nerosha peluk Islam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noor Nabila, Engku Emran sah bakal bercerai

Malu apa Ketua Pembangkangku

Bakal suami Puteri Sarah?

Nelissa trauma diraba di set penggambaran

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker