MP PN keluar Dewan selepas Radzi ‘dihalau’ keluar
MP PN keluar Dewan selepas Radzi ‘dihalau’ keluar
Ahli Parlimen Perikatan Nasional keluar Dewan Rakyat sebagai protes selepas Radzi Jidin (PN-Putrajaya) diarah berbuat demikian.
Radzi diarahkan keluar Dewan selepas membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan terlibat dalam pertikaman lidah dengan penyokong kerajaan.
Beliau berulang kali menuntut Anwar menarik balik kenyataan yang dibuatnya terhadap diri dan partinya, dan mengganggu penggulungan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 di Dewan Rakyat oleh perdana menteri.
Anwar menafikan kerajaan campur tangan dalam keputusan peguam negara meminta pembebasan bersyarat Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi dalam kes rasuah Yayasan Akalbudi dihadapinya.
“Apabila peguam negara membuat keputusan, saya bertanya kepadanya (mengenainya). Saya tidak membincangkan perkara itu dengannya. Saya minta dia jelaskan apa sebab (keputusan itu).
“Kamu boleh gelak Putrajaya. Kerana kamu buat perkara itu, masa pentadbiran kamu buat perkara itu,” katanya di Dewan Rakyat.
Ini mendorong Radzi berulang kali mendesak Anwar menarik balik kenyataannya, sebelum Ahli Parlimen kerajaan mempertahankan perdana menteri.
Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul akhirnya mengarahkan Radzi keluar Dewan.
Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin (PN-Larut) kemudian mempertahankan rakan sejawatnya dengan berkata Radzi hanya cuba mempertahankan maruah PN.
“Putrajaya ingin menjaga maruah dirinya sendiri. Kalau speaker minta Putrajaya keluar, bermakna maruah kami juga. Kita semua akan keluar. Saya tidak boleh menerima sesuatu yang tidak dipertanggungjawabkan dengan adil, kita mahu sesuatu yang adil berikan. Berikan keadilan,” katanya.
Bagaimanapun, Khlir Nor (PN-Ketereh) kekal di Dewan Rakyat. Satu-satunya Ahli Parlimen pembangkang lain bersamanya ialah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar). FMT
MP PN keluar Dewan selepas Radzi ‘dihalau’ keluar
Baca Artikel Menarik:
- Irmohizam rakyat Malaysia pertama dipilih Ahli Lembaga WTCA
- Shah Rukh Khan cucuk alat sulit
- Beras import pada harga beras tempatan
- Gali semula kubur bayi selepas dengar tangisan
- Puteri Zarith fail penceraian
- Saifuddin jawab saman Sanusi
- Ini sebab Diana rujuk semula dengan Farid
- Nelydia Senrose free hair di Thailand?
- Jakim tidak terbabit gugurkan nama Ustazah Norhafizah
- Ebit Lew disiasat polis
- Pegawai pihak berkuasa tempatan ditangkap berkhalwat dengan isteri orang
- Tiga wanita seksi menari dangdut depan surau
- Ucap selamat datang bulan Maulidur Rasul, Mondy dikecam netizen
- 3 Mahasiswa cedera ditikam
- Caprice minta Ebit Lew hantar saman segera
Layari Laman Facebook MYKMU.NET