Pernikahan tak terbatal walau dah masuk September – Khairuddin
Pernikahan tak terbatal walau dah masuk September – Khairuddin
Perbuatan seorang suami yang bersumpah untuk menceraikan isteri adalah sikap melampau dalam berpolitik dan tidak wajar dipenuhi, kata Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama Umno Khairuddin Aman Razali.
Menurutnya sangat tidak wajar untuk seseorang menjadikan isteri yang disayangi atau keluarga sebagai bahan pertaruhan dalam kegiatan politik kepartian.
“Hak dan kebajikan isteri perlu dipelihara. Isteri perlu disayangi dan dipertahankan sebagai isteri selagi tiada sebab syarie yang memerlukan perceraian.
“Menceraikan isteri tanpa sebab yang syarie adalah satu kezaliman terhadap isteri yang telah berkorban dengan bersedia menjadi isteri untuk disetubuhi dan dilahirkan pula zuriat bersama.
“Perceraian juga mempertaruhkan nasib anak-anak yang menjadi mangsa perceraian dan ia satu lagi kezaliman terhadap anak-anak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Bekas pemimpin PAS itu berkata demikian sebagai mengulas mengenai tulisan seorang lelaki yang tular di media sosial baru-baru ini.
Individu terbabit – yang dipercayai menyokong parti politik tertentu – didakwa bersumpah dengan nama Allah untuk menceraikan isterinya dengan talak tiga sekiranya Anwar Ibrahim kekal sebagai perdana menteri selepas Ogos berlalu.
Difahamkan lafaz tersebut ditulis ketika pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri berlangsung baru-baru ini.
Ia sekali gus menjadi tular dan perdebatan di media sosial berhubung isu terbabit. Lelaki terbabit juga dilaporkan sudah membuat laporan polis kerana mendakwa akaun Facebooknya digodam, manakala hantaran berkenaan dilakukan oleh orang lain.
Khairuddin berkata lafaz sumpah untuk menceraikan isteri tersebut tidak dikira sebagai lafaz cerai.
Tegasnya, wanita yang dinikahi lelaki berkenaan masih bertaraf isteri walaupun kini sudah masuk Sept dan Anwar juga masih kekal sebagai perdana menteri.
“Malah tidak wajar kepada lelaki itu memenuhi sumpahnya dengan menceraikan isterinya tanpa sebab syarie dan hendaklah dia melanggar sumpah tersebut.
“Maka apa yang wajib dilakukan ialah membayar kafarah sumpah dengan memberi makan kepada 10 orang miskin atau membeli pakaian kepada mereka atau membebaskan hamba,” katanya.
Bekas ahli Parlimen Kuala Nerus itu juga menambah umat Islam dinasihatkan tidak melampau dalam persaingan politik kepartian sehingga menggugat institusi kekeluargaan yang wajar dipelihara. Mk
Pernikahan tak terbatal walau dah masuk September – Khairuddin
Baca Artikel Menarik:
- Ahli politik dera pembantu rumah
- Scam apa harga RM5?
- Ayu Puteh jadi lumpuh sementara
- Kamu siapa, hentikan perkara karut ini – Anwar
- Pukul penunggang motor di Cheras, polis lakukan siasatan [VIDEO]
- Makan seafood RM1,102, bayar RM400 keluar lari dari restoren
- Faizal Tahir dedahkan Siti hamba Allah paling baik dan dermawan
- Gaduh di Machang: Suspek syak penjawat awam ada hubungan sulit dengan isteri [VIDEO]
- Mufti Kelantan tegur Muhyiddin
- Kakitangan awam maut selepas bertumbuk
- Ini sebab Faizal Tahir enggan nyanyi lagu cinta
- Dialah orang politik, dialah mufti
- Muhyiddin tak tahu ke?
- Cukuplah Uqasha – Kamal Adli
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ustaz Syamsul Debat bikin kecoh di pentas Sepahtu Reunion (Video)