Sami bertumbuk berebut kerusi majlis pengebumian

Keluarga si mati terpaksa masuk campur bagi meleraikan pergaduhan tersebut. – Thaiger

 

BANGKOK –  Sebuah majlis pengebumian di wilayah Surin, Thailand terganggu akibat pergaduhan melibatkan dua sami Buddha yang bertumbuk kerana berebut kerusi, lapor laman berita Thaiger hari ini.

Dalam kejadian pada Jumaat lalu di Wat Pho Sri Sawang Arom, beberapa sami dan ahli keluarga si mati sedang melakukan ritual keagamaan.

“Saya sedang duduk di kerusi barisan hadapan. Saya tidak pasti apakah punca pergaduhan itu.



“Saudara si mati terpaksa campur tangan dan menghentikan pergelutan mereka. Selepas insiden tersebut, sami yang memulakan pergaduhan diarah membubarkan dirinya sebagai sami di sebuah  tokong di bandar,” kata pemangku ketua wat tersebut, Phra Toi Kan.

Sementara itu, salah seorang sami yang terlibat dalam pergaduhan itu, Phra Ongart berkata, kerusi untuk sami disediakan dalam dua baris oleh keluarga si mati.

Seorang sami lain mengarahkan Phra untuk duduk di kerusi barisan hadapan memandangkan tiga kerusi lain di bahagian belakang telah diduduki sami lain

Ketika mahu duduk, seorang sami yang dalam keadaan marah bertanyakan kepadanya: “Sudah berapa lama anda ditauliahkan (menjadi sami)?”



Dia kemudian menyerang Phra dan memandangkan saiz badannya yang lebih besar, Phra tidak dapat melawannya serta ditumbuk berkali-kali oleh sami tersebut.

Dia juga hampir menghempas sebuah kerusi ke atas Phra, namun sempat dihalang oleh keluarga si mati.

Sami tersebut dilaporkan telah dihukum dengan dilucutkan pentauliahannya sebagai sami serta perlu kembali menjadi orang awam. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aedy, sudikah awak menjadi milik saya – Amelia Henderson



Tular Video Isteri Tengking Suami Di Dobi? [VIDEO]

View Chin Dah Kahwin Dengan Penyondol@Mira



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker