Saya pukul Adam masa dia mula-mula buat hal (Video)
Cabaran keluarga autism.
Saya pukul Adam masa dia mula-mula buat hal (Video)
Tiada ilmu yang mencukupi menyebabkan seorang bapa mengakui pernah memukul, marah serta meninggikan suara kepada anaknya yang menghidap Autism Spectrum Disorder (ASD) dan gangguan kurang daya tumpuan dan hiperaktif (Attention Deficit Hyperactivity Disorder).
Bagaimanapun, Iman Wan Tuck Meng, yang juga seorang komposer berkata, ia berlaku ketika anak keduanya, Adam Wan Mun Yu, 21, tiba-tiba berubah daripada seorang yang pendiam kepada seorang yang tiba-tiba suka membuat perangai.
Katanya, beliau menyedari anaknya yang disahkan menghidap autisme ketika berusia dua tahun enam bulan mula berubah sikap ketika berusia 10 tahun.
“Ini kesilapan saya sendiri kerana masa dia masih kecil, mungkin ada cara yang sepatutnya saya lakukan tetapi saya tidak buat.
“Bila anak sudah semakin berubah, saya tidak sedar saya tidak cukup ilmu. Saya faham saya tidak tahu anak autisme ini pun sama dengan anak-anak yang lain yang akan berubah apabila besar.
“Adam masa kecil baik sangat sebab senang jaga jadi saya ambil mudah rasa tiada masalah tidak perlu buat itu atau buat ini.
“Tetapi kita tidak tahu sebenarnya dia sedang buat perangai, sikap dalam diam yang saya tidak tahu apa yang sedang berlaku dalam kepala otak dia sebab dia diam sahaja,” katanya dalam hantaran di akaun TikTok miliknya, baru-baru ini.
Iman yang turut dikenali sebagai Keluarga Adam kerana sering berkongsi mengenai keadaan anak istimewanya di media sosial, berkata sebagai ibu bapa beliau juga mengakui ketika itu tidak menjangka anaknya akan bersikap sedemikian.
Katanya, ini kerana anaknya berubah daripada seorang yang baik sebelum ini kepada sekarang menjadi sangat mencabar apabila selalu mengamuk, menyebabkan beliau marah tambahan pula dirinya seorang yang panas baran ketika itu.
“Dalam keadaan panas baran, apabila anak tidak dengar cakap, kita tidak boleh terima dan mestilah naik suara serta marah, malah apabila Adam masih tidak reti bahasa, tidak dengar kata, kita akan naik tangan.
“Saya pukul Adam dulu masa dia mula-mula buat hal kerana saya tidak faham (mengapa dia bersikap sedemikian).
“Saya ingat anak saya sengaja hendak jadi nakal, sengaja tidak mahu dengar cakap sebab dia tidak pernah macam itu kerana masa kecil dia baik dan perkara ini buatkan saya jadi lagi keliru,” katanya.
Ibu bapa perlu ada ilmu mengenai autisme
Akuinya, beliau terpaksa berhadapan dengan situasi sedemikian selama bertahun-tahun dan terdetik perkara itu tidak boleh berterusan.
Katanya, beliau sedar jika terus dalam keadaan tertekan dan tidak dapat mengawal diri bimbang akan terpukul Adam dengan lebih kuat dan akan menyesal di kemudian hari.
“Ketika itu, saya sudah mula risau dan sudah mula tahu bahayanya jika saya tidak faham situasi anak dalam keadaan sedemikian.
“Sebagai ibu bapa, kita sepatutnya perlu fahami kerumitannya seorang anak autisme dan jangan ingat kita tahu segalanya mengenai anak.
“Kita perlu sentiasa pantau dan kena sedar yang mereka sedang membesar dan berubah sama seperti anak normal yang lain,” katanya.
Beliau berkata, apa yang ibu bapa perlu tahu adalah autisme adalah penyakit seumur hidup dan tiada penawar manakala ubat yang diambil mereka hanya bertujuan untuk mengawal keadaan bukan merawat.
“Apa yang penting untuk ibu bapa yang mempunyai anak autisme adalah mempunyai ilmu yang betul kerana jika ada ilmu yang cukup dan sentiasa mahu belajar, pasti boleh terima keadaan anak,” katanya. BH
Saya pukul Adam masa dia mula-mula buat hal (Video)
Baca Artikel Menarik:
- Isu Ambalat, Wisma Putra disaran beri taklimat, penjelasan kepada semua ADUN Sabah
- Pelakon didakwa pernah terlibat hubungan sejenis dengan rakan
- Macam mana pikat Melayu?
- Kenyataan rakan viral jadi kecaman! Usah samakan isteri dengan ‘orang gaji’
- Wanita temui cacing dalam bungkusan salmon di pasar raya
- Nama calon telah dihantar kepada istana, Sultan Selangor akan putuskan siapa MB Selangor
- Tak dilantik, ini komen Reezal Merican
- Wee tengok konsert dengan bekas kekasih waktu kira undi
- Generasi muda Indonesia dilarang tonton Upin & Ipin, kenapa pulak?
- Aziz masih keluar makan bersama dengan Puteri Lily walau sudah bercerai
- Nik Amar komen perlantikan baru MB Kelantan
- Masya Masyitah kena serang dengan netizen, apa pulak kali ni?
- Bayar duit saya – Nasha Aziz
- Didie Alias buka mulut mengenai buka aib Enot
Layari Laman Facebook MYKMU.NET