Mansoor Saat muncul beri kenyataan

Mansoor Saat muncul beri kenyataan

Peguam yang juga pengarah dan pemegang saham NERS Sdn Bhd (NERS), Mansoor Saat, yang dicari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), menyangkal dakwaan melarikan diri daripada menghadapi pertuduhan.

Menegaskan dirinya bukan pelarian walaupun dikehendaki SPRM, Mansoor, 69, berkata tindakannya meninggalkan Malaysia dibuat secara sah, namun keadaan itu kini digunakan terhadapnya untuk menunjukkan beliau bersalah.

“Saya menolak naratif palsu ini dengan tegasnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Muhammad Adlan Berhan, sebelum ini dilapor menegaskan tidak pernah ditangkap atau dihubungi SPRM selepas didakwa melarikan diri ke luar negara dan dimasukkan dalam senarai orang dikehendaki agensi itu.

Semakan rekod Myhammad Adlan dan Mansoor meninggalkan Malaysia masing-masing pada pada 17 Mei dan 21 Mei lalu dan tiada rekod kembali ke tanah air. BH

Mansoor Saat muncul beri kenyataan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar didakwa hamil, ini respon Yusof Haslam

Apa sudah jadi BCL?

Hanya salah faham, saya kerani bukan peguam – Fatiya Latiff

Diana Danielle dapat pengganti?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker