Cadangan tubuh kerajaan Islam Melayu tanpa DAP bahaya kepada negara – penganalisis
Cadangan tubuh kerajaan Islam Melayu tanpa DAP bahaya kepada negara – penganalisis
Cadangan pembentukan kerajaan pakatan berasaskan satu kaum atau bangsa di negara ini, adalah bahaya kepada konteks perpaduan serta akan menimbulkan jurang antara kaum di negara ini.
Penganalisis politik Pusat Perdana Fakulti Razak UTM, Dr Mazlan Ali, berkata Malaysia adalah negara yang berbilang kaum dan pemerintahan juga memerlukan gabungan semua pihak.
Katanya, model Kerajaan Perpaduan sekarang ini adalah lebih baik kerana ia mewakili semua kaum.
“Orang bukan Melayu juga perlu disertakan dan dibenarkan mengambil bahagian dalam pentadbiran.
“Kenapa nak diperkenalkan suatu model sebuah kerajaan yang menolak DAP dan pada masa sama menerima orang Melayu. Saya lihat kurang bagus cadangan ini, susah nak dipraktikkan,” katanya kepada BH, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) yang menggesa mewujudkan kerajaan Islam Melayu tanpa DAP di Selangor dan Negeri Sembilan.
Mazlan berkata, DAP adalah parti yang mendapat sokongan majoriti daripada orang bukan Melayu, khususnya Cina.
Katanya, membenarkan orang Melayu saja memerintah tanpa pembabitan kaum lain akan memberi kesan kepada konteks perpaduan negara.
“Menolak DAP adalah sama seperti menolak orang Cina dan ia sangat tidak sesuai untuk berbuat demikian,” katanya.
Sementara itu, penganalisis keselamatan dan politik, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin, menegaskan tiada apa yang perlu dirisaukan oleh mana-mana pihak, kerana hak orang Melayu dan bukan Melayu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, sebaliknya apa yang perlu dilakukan adalah memastikan setiap ahli politik memahami Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan dasar-dasar negara supaya tidak timbul pertikaian dalam perkara yang sudah digariskan.
“Permasalahan yang timbul adalah apabila wujud prejudis atau salah sangka di kalangan masyarakat dan ini dimainkan oleh parti-parti politik dalam negara.
“Ahli dan parti politik selalunya memainkan isu ini dan akhirnya membawa kepada elemen keselamatan negara yang sukar dipelihara secara bersama,” katanya.
Tambahnya, cadangan untuk menubuhkan parti berasaskan satu bangsa tidak perlu dilakukan terutama dalam konteks untuk membina negara perpaduan dan memastikan kesejahteraan rakyat dipelihara. BH
Cadangan tubuh kerajaan Islam Melayu tanpa DAP bahaya kepada negara – penganalisis
Baca Artikel Menarik:
- Isu Ambalat, Wisma Putra disaran beri taklimat, penjelasan kepada semua ADUN Sabah
- Pelakon didakwa pernah terlibat hubungan sejenis dengan rakan
- Macam mana pikat Melayu?
- Kenyataan rakan viral jadi kecaman! Usah samakan isteri dengan ‘orang gaji’
- Wanita temui cacing dalam bungkusan salmon di pasar raya
- Nama calon telah dihantar kepada istana, Sultan Selangor akan putuskan siapa MB Selangor
- Tak dilantik, ini komen Reezal Merican
- Wee tengok konsert dengan bekas kekasih waktu kira undi
- Generasi muda Indonesia dilarang tonton Upin & Ipin, kenapa pulak?
- Aziz masih keluar makan bersama dengan Puteri Lily walau sudah bercerai
- Nik Amar komen perlantikan baru MB Kelantan
- Masya Masyitah kena serang dengan netizen, apa pulak kali ni?
- Bayar duit saya – Nasha Aziz
- Didie Alias buka mulut mengenai buka aib Enot
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Ira Kazar didakwa hamil, ini respon Yusof Haslam
You must be logged in to post a comment.