Nik Aziz tak pernah kafirkan sesama Islam – Nik Omar

Anak bekas Mursyidul Am Pas memberitahu bapanya, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak pernah mengkafirkan sesama Islam semasa berkecimpung dalam dunia politik semasa hayatnya.

Nik Omar Nik berkata, arwah bapanya itu dahulu membawa pendekatan memberi penerangan perkara yang akan dilakukan untuk pembangunan dan bukan menyerang pihak lawan.

“Saya tak pernah dengar keluar daripada mulut dia mengkafirkan orang yang tidak sependapat dengan dia. Khususnya dalam kalangan orang UMNO, tidak ada.

“Kalau ada pun daripada mulut orang lain, bukan daripada tok guru. Hentikan budaya mengkafirkan sesama Islam. Kita perlu hormat dan berlumba-lumba berbuat kebaikan termasuk urus negeri dan negara,” katanya kepada pemberita selepas Himpunan Jentera dan Penyokong Barisan Nasional-PH (BN-PH) Pasir Puteh di Kampung Pulau Lima pada Rabu.

Turut hadir, Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman.

Dalam pada itu, Nik Omar yang juga bekas calon PH Parlimen Pasir Salak itu berkata, tidak menjadi satu kesalahan jika pengundi tidak mengundi Pas pada pilihan raya negeri (PRN), 12 Ogos ini.

Menurutnya, PRN bukanlah soal untuk memilih agama tetapi memilih pemimpin untuk menguruskan negeri.

“Kalau tak pilih Pas tak ada masalah dan tidak menjejas iman kita. Cuma kita perlu menjaga hubungan.

“Walaupun mungkin pihak lawan mengkafirkan kita, tapi kita tak perlu mengkafirkan mereka semula. Bahkan kita pula berasa ihsan dan kesian kepada orang yang mengkafikan, orang ini akan dilaknat oleh Allah,” ujarnya.

Menurutnya, Kelantan juga sebenarnya berhak untuk mendapat kemudahan asas seperti yang diterima oleh Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

“Misalnya kemudahan air ialah asasi dan pemimpin sedia ada tidak dapat memenuhi kemudahan asas itu sedangkan pengurusannya adalah tanggungjawab mereka.

“Apabila pemimpin gagal memenuhi keperluan asas itu, maka sudah layak untuk ditukar,” ujarnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik

Pakai bra dengan sweater terbuka, apa nak jadi budak sekarang

Anak bertudung tanpa disuruh buat Nabil gembira

Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker