Kosongkan kerusi, bertanding semula untuk tukar kerajaan kerja gila
Kosongkan kerusi, bertanding semula untuk tukar kerajaan kerja gila
Oleh Hishamuddin Aun
“Ini semua kerja gila,” kata Rafizi Ramli terhadap rancangan besar Perikatan Nasional (PN) untuk mengambil alih kerajaan persekutuan yang pada pengamatannya tidak pun wajar diberi sebarang perhatian. Lebih daripada itu, ia dianggapnya langsung tidak masuk akal.
Untuk menang besar di semua enam negeri dalam PRN Sabtu ini pun umpama mereka bermimpi di siang hari, seperti diramal timbalan presiden PKR itu, inikan pula hendak mengambil alih tampuk kuasa daripada kerajaan perpaduan yang baru lapan bulan usianya.
Saya perlu akui yang saya tak secerdik Ahmad Faizal Azumu, yang menyokong Presiden PAS Abdul Hadi Awang hujung minggu lalu dalam mendakwa kerajaan persekutuan akan bertukar sekiranya PN menang besar pada PRN di enam negeri Sabtu ini.
Faizal atau Peja tentunya lebih berpengalaman. Menganggap usul undi percaya terhadap menteri besar Perak yang disandangnya dalam sidang Dewan Negeri Perak pada Disember 2020 sebagai proses biasa, beliau tewas apabila 48 Adun tidak menyokongnya hingga jawatannya gugur.
Dan apabila timbalan presiden Bersatu itu beria-ia meyakinkan ramai yang di sebalik ada Akta Anti-Lompat Parti, masih ada pelbagai cara menukar kerajaan dan ada proses undang-undang boleh diambil untuk tujuan itu, beliau harus mewajarkan untuk pandangannya didengar.
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, pula yang sebelum ini meletak jawatan sebagai perdana menteri kelapan pada 16 Ogos 2021 selepas hilang majoriti sokongan Ahli Parlimen dan cadangan kerjasama bipartisan yang dicadangkannya juga ditolak, berpengalaman ditukarkan sebagai ketua kerajaan.
Digabungkan pengalaman ketiga-tiganya – Muhyiddin, Hadi dan Peja – tentulah tidak bertepatan untuk menolak rancangan besar PN untuk mengambil alih kerajaan persekutuan sebagai omong kosong semata-mata.
Cuma, antara kata-kata Hadi dan Peja yang sealiran, Muhyiddin pula berkata keputusan PRN kali ini tidak akan menumbangkan Putrajaya, sebaliknya sebagai isyarat penolakan rakyat terhadap pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Mana satu sekarang – nak tukar kerajaan atau sekadar menolak kepemimpinan Anwar?
Menurut Muhyiddin, keputusan PRN akan menjadi pungutan suara rakyat yang tidak bersetuju terhadap segala perkembangan dalam negara bawah kerajaan perpaduan diterajui Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) dibentuk.
“Jika semua calon PN memenangi kerusi dan berjaya membentuk kerajaan di enam negeri, ia memberi isyarat rakyat menolak kerajaan persekutuan bawah pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu program di Kuala Nerus, Terengganu.
Jika demikian, setidak-tidaknya Hadi dan Peja harus punya percaturan bagaimana hendak mencapai rancangan mereka terkecuali melalui penubuhan kerajaan “tebuk atap” sekali lagi kerana Akta Anti-Lompat Parti yang sudah dikuatkuasakan mulai 5 Okt 2022 tidak meluangkan untuk langkah sama diulang.
Dengan penguatkuasaan akta itu, seseorang Ahli Parlimen akan kehilangan kerusinya jika bertindak keluar parti atau tidak lagi menjadi ahli parti yang diwakilinya. Namun, Ahli Parlimen yang dibuang parti tidak akan kehilangan kerusinya. Ahli Parlimen juga tidak akan hilang kerusi jika parti mereka dibubarkan atau bergabung dengan parti lain, atau jika mereka keluar parti untuk menjadi speaker Dewan Rakyat.
Oleh kerana Hadi mahupun Peja tidak menawarkan sebarang pencerahan terhadap rancangan besar PN itu, barangkali juga apa dikongsikan Rafizi adalah gambaran terdekat yang mampu dijadikan panduan.
“Mereka kata 13 Ogos akan ada pertukaran kerajaan. Otak mereka ni terlalu pandai, orang biasa tak tercapai akal mereka. Sebab itu bila tanya kepada pimpinan PN, dia kata ada banyak jalan untuk tukar kerajaan,” kata Rafizi di ceramah Jelajah Madani DUN Sementa pada malam Selasa.
“Sekarang, PN ada 74 kerusi, kerajaan perpaduan ada 148. Untuk menukar situasi itu selepas PRN Sabtu ini, 148 tolak 112, maknanya ada 36 orang Ahli Parlimen PH mesti beralih, itu pun tak cukup juga. Di atas kertas, itu tak boleh berlaku sebab kita ada undang-undang anti-lompat parti.”
PN, katanya, menjanjikan kepada penyokong kononnya akan ada satu tsunami cukup besar melalui arus kebangkitan orang Melayu untuk mereka menang di keenam-enam negeri sehingga mereka boleh meyakinkan cukup Ahli Parlimen individu (lebih daripada 36) untuk keluar parti mereka.
“Tidak ada satu gabungan parti pun yang cukup angka 36 untuk keluar secara en bloc. Tapi mereka percaya bila ada tsunami besar sampai keenam-enam negeri ini mereka punya, mereka boleh meyakinkan lebih daripada 36 wakil rakyat individu untuk keluar parti mereka.
“Bila ini berlaku, mereka akan hilang kerusi dan itu akan memaksa pilihan raya kecil diadakan di 36 hingga 40 kerusi ini. Dan bila bertanding di 36-40 kerusi yang kosong itu, mereka berasa akan
menang dan sampai ke Putrajaya. Itu sebenarnya rancangan mereka,” katanya.
Rafizi mempersoalkan adakah wakil rakyat daripada Umno, GPS, GRS, PKR, Warisan atau parti-parti gabungan PH lain yang gila mahu kosongkan kerusi dan hilang status mereka untuk memberi laluan supaya ada pilihan raya baru besar-besaran supaya Muhyiddin jadi perdana menteri semula.
“Seorang dua orang mungkin, 40 orang ini kerja gila. Hampir mustahil ada 40 Ahli Parlimen daripada kerajaan perpaduan yang nak keluar parti untuk mengosongkan kerusi dan memaksa pilihan raya baru besar-besaran.
“Tak masuk akal, ini hanyalah mimpi di siang hari, yang Muhyiddin, Haji Hadi dan Azmin (Ali) dok fikir sendiri dan bagitau kat orang. Biar dia nak khayal, biar dia nak ambil pil, ikut suka dialah nak fikir apa.
“Baru kita nak habis PRN ni, dia nak paksa satu lagi pilihan raya untuk tukar kerajaan. Kalaupun benda itu boleh berlaku, saya tak rasa rakyat Malaysia akan maafkan dan akan hukum mereka habis-habisan. Bukan saja kita akan menang lagi besar, insya-Allah itu bermakna akan berkuburnya PN,” tambahnya.
Tapi semua itu apa yang dijangkakan Rafizi, yang mengakui akal warasnya tidak sampai ke tahap pemikiran kepemimpinan PN.
Siapa tahu perancangan Muhyiddin, Hadi dan Peja jauh mengatasi pengarah pilihan raya PH itu, sesuai dengan politik sebagai seni yang serba berkemungkinan.
Kita tunggu reaksi mereka, itu pun jika mereka bersedia menawarkan pencerahan yang sama sekali berbeza atau kita nantikan keputusan PRN Sabtu ini, sama ada apa juga yang dirancang masih kekal di landasan atau sebaliknya. FMT
Kosongkan kerusi, bertanding semula untuk tukar kerajaan kerja gila
Baca Artikel Menarik:
- Peserta Miss Universe Indonesia diminta tanggal bra
- Saya mohon bersara awal – Raja Rozela
- UMNO lemah kerana pemimpin seperti Annuar Musa sebelum ini – Dr Akmal
- Polis ikut kehendak DAP – Hamzah
- Anak arwah Salahuddin sebak cabut plat nama di Parlimen
- Menantu Muhyiddin, peguam lari selepas disenarai ‘wanted list’
- Fauziah Reda Diceraikan ND Lala
- ND Lala, Fauziah bercerai
- Tindakan Anwar pertahan kuota bumiputera dikritik Persatuan Belia Baru Universiti Malaya
- Sanusi ‘copy paste’ Donald Trump – Amirudin
- Sepupu Nik Amar dulu sokong PAS kini sokong PH-BN, nekad buka markas PH berhampiran rumah Timbalan MB
- Wanita transgender minta bekas kekasih pulangkan testikel
- Serik keluar 2 pagi, bunyi mengilai dalam kereta (Video)
- “Kanak-Kanak 9 Tahun Kes Termuda Lahirkan Anak Luar Nikah” – NGO
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik
Pakai bra dengan sweater terbuka, apa nak jadi budak sekarang
Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel