Insiden Presiden Gerakan dihalau, Iszure U-TURN kini salahkan media

Setiausaha Perhubungan PAS Pulau Pinang Iszuree Ibrahim menyalahkan media kerana didakwanya menyebabkan kekeliruan berhubung insiden dia dilihat menghalang Presiden Gerakan Dominic Lau daripada ke pentas ceramah ketika program di Tasek Gelugor, 1 Ogos lalu.

Iszuree secara khusus merujuk video KiniTV dan mendakwa “sudut” rakaman menunjukkan secara salah situasi antaranya dan Lau.

Lau merupakan calon PN bagi DUN Bayan Lepas, kerusi yang pada mulanya ingin ditandingi PAS.

“Orang Pulau Pinang ini biasalah bercakap begitu, tetapi sudut gambar diambil oleh wartawan itu dalam keadaan macam kasar,” katanya dalam video di Facebook.

Iszuree juga menuduh wartawan yang merakam video sebagai cuba mengambil kesempatan atas keadaan itu untuk “mencederakan” hubungannya dengan Lau, yang dikenalinya sejak zaman sekolah.

Video KiniTV tersebut menunjukkan Lau yang tidak diundang ke program itu duduk dalam kalangan hadirin, dihalang oleh Iszuree daripada mengikut Naib Presiden PAS Idris Ahmad ke pentas.

Ketika Idris hendak mengiringi Lau ke atas pentas, Iszuree menuju ke arahnya dan dengan tegas memberitahunya: “yang tidak diundang, sila tunggu sini.”

Ada yang cuba membantah tetapi Iszuree membalas: “…tak boleh, kamu pergi.”

‘Demi keselamatan Lau’

Bagaimanapun hari ini Iszuree mendakwa apa yang sebenarnya berlaku adalah dia cuba menjelaskan kepada Lau tentang mengapa dia tidak diundang – ceramah itu dibuat di kawasan majoriti Melayu di mana ramai ahli PAS yang hadir tidak senang dengan tindakan Gerakan untuk bertanding di Bayan Lepas.

“Ahli-ahli tengah marah. Jadi saya nasihat dia agar tidak hadir supaya keadaan menjadi (kekal) harmoni,” katanya yang menegaskan dia mempertimbangkan keselamatan Lau dengan melarangnya berada di acara itu.

Namun, katanya lagi, perkara itu dimainkan media yang hanya memaparkan bahagian yang “sensitif”.

“Di situlah wartawan yang saya tidak pasti dari mana, sebab ramai yang pakai telefon sekarang ini, telah ambil bahagian (insiden) yang sekejap itu dan tularkan,” katanya.

Iszuree kemudian menggesa pengundi agar tidak “terpedaya dengan mainan media” yang didakwanya ingin melaga-lagakan hubungan mereka.

Sehari selepas insiden itu, Lau menafikan dia dihalau dari program itu dan mendakwa dia beredar selepas tidak dapat berjumpa dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Namun Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan kemudian memohon maaf atas insiden itu dan berkata selaku pemimpin parti komponen PN, Lau sepatutnya diberikan penghormatan sewajarnya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik

Pakai bra dengan sweater terbuka, apa nak jadi budak sekarang

Anak bertudung tanpa disuruh buat Nabil gembira

Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker