Calon PH, BN adalah calon saya – Anwar
KUALA BERANG – Permuafakatan yang jitu antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membolehkan gabungan itu mengekalkan kepimpinan di peringkat pusat, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata perkara itu dibuktikan apabila beliau selaku Pengerusi PH dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi BN sama sekali tidak bersikap selektif untuk hanya turun berkempen memenangkan calon masing-masing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
“Calon PH adalah calon saya. Calon BN adalah calon saya. Saya bersikap begitu. Sebab itu di mana calon PH dan BN bertanding, saya akan turun kempen. Ahmad Zahid pun sama.
“Kami tidak memilih. Kerana kita nak muafakat (antara PH dan BN) betul-betul kuat sebab dengan bersatunya PH dan BN, kita boleh sapu bersih Malaysia ini,” katanya sewaktu berucap dalam siri ceramah di program Jelajah Perpaduan Madani di Bilik Gerakan Utama Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong dekat sini malam Rabu.
Pada masa sama, Anwar sekali lagi sekeras-kerasnya menyangkal sentimen dimainkan pembangkang bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau hari ini adalah kerajaan anti-Islam.
“Dia kata kita DAP. Saya ikut apa? Dia (DAP) ada 40 ahli Parlimen. Cina (pengundi Cina) sokong dia. Kita kerjasama lah dengan dia. Bukan kita ikut dia.
“Saya bos (Perdana Menteri). Ahmad Zahid pula Timbalan Perdana Menteri. Tidak mungkin UMNO nak khianat. Bagaimana sekali pun orang kritik, UMNO masih pertahankan prinsip Melayu dan Islam,” katanya. – Bernama
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Peserta Miss Universe Indonesia diminta tanggal bra
- Saya mohon bersara awal – Raja Rozela
- UMNO lemah kerana pemimpin seperti Annuar Musa sebelum ini – Dr Akmal
- Polis ikut kehendak DAP – Hamzah
- Anak arwah Salahuddin sebak cabut plat nama di Parlimen
- Menantu Muhyiddin, peguam lari selepas disenarai ‘wanted list’
- Fauziah Reda Diceraikan ND Lala
- ND Lala, Fauziah bercerai
- Tindakan Anwar pertahan kuota bumiputera dikritik Persatuan Belia Baru Universiti Malaya
- Sanusi ‘copy paste’ Donald Trump – Amirudin
- Sepupu Nik Amar dulu sokong PAS kini sokong PH-BN, nekad buka markas PH berhampiran rumah Timbalan MB
- Wanita transgender minta bekas kekasih pulangkan testikel
- Serik keluar 2 pagi, bunyi mengilai dalam kereta (Video)
- “Kanak-Kanak 9 Tahun Kes Termuda Lahirkan Anak Luar Nikah” – NGO
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik
Pakai bra dengan sweater terbuka, apa nak jadi budak sekarang
Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel
You must be logged in to post a comment.