Biar Allah membalasnya – Nur Azera Fatehah
Biar Allah membalasnya – Nur Azera Fatehah
“Saya reda… satu hari nanti biarlah Allah yang membalasnya… amin.” Begitulah luahan Nur Azera Fatehah Abdullah, 22, menerusi kapsyen video mengandungi gambar perkahwinan dan nasihat pendakwah di TikTok, semalam hingga meraih lebih 86,000 tontonan.
Kapsyen pada video itu seolah-olah menggambarkan isi hati Nur Azera Fatehah atau mesra disapa sebagai Yan yang didakwa sudah berpisahberumah tangga.
Tanpa menyebut nama sesiapa, Nur Azera Fatehah menerusi kapsyen sama berkata, dia memilih untuk bersabar, berdiam dan menyerahkan kepada takdir Ilahi untuk menentukan jalan hidupnya.
“Sabar saya, diam saya itulah kunci kekuatan saya untuk menghadapi Allah.
“Biarlah takbur dengan fitnah apa orang sampaikan pada saya.
“Saya diam itu adalah kunci bagi saya, biar Allah sendiri yang aturkan. Cukup saya sujud minta pada Allah apa saja terjadi dalam hidup saya,” tulisnya.
Di ruangan komen, rata-rata pengikut Nur Azera Fatehah memberi sokongan terhadapnya.
Ada juga yang mendoakan semoga Nur Azera Fatehah terus istiqamah dalam usahanya untuk berubah ke arah lebih baik.
Harian Metro cuba menghubungi Nur Azera Fatehah menerusi kiriman mesej di TikTok untuk mengulas lebih lanjut perkara itu namun belum mendapat sebarang balasan.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan kisah perkahwinan Danny dengan Nur Azera Fatehah iaitu wanita yang sebelum ini berperwatakan lelaki.
Pasangan itu diijabkabulkan pada 15 Julai lalu dalam majlis pernikahan di rumah keluarga Nur Azera Fatehah dekat Ladang Kelapa Sawit Ulu Remis dekat Layang-Layang, Johor.
Danny dan Nur Azera Fatehah hanya berkenalan selama lima hari sebelum sepakat bernikah.
Bagaimanapun, Danny membuat kejutan menerusi pengakuan eksklusif kepada Harian Metro yang dia sudah melafazkan cerai talak satu kepada isterinya pada 30 Julai lalu.
Lafaz talak itu dibuat menerusi kiriman mesej di aplikasi WhatsApp.
Danny memberi reaksi itu bagi menjawab desus-desus mengenai status perkahwinannya yang dikatakan bergolak selepas memuat naik video dan gambar kenangan bersama Nur Azera Fatehah dengan kapsyen ‘Aku reda’ disusuli emoji sedih.
Lebih menguatkan andaian itu apabila tiada lagi video pasangan itu di akaun TikTok Danny seperti dimuat naik sebelum ini dan ia dipercayai sudah dipadam selepas apa yang berlaku.
Petang Isnin lalu, Danny hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Ampang, Selangor bagi memfailkan permohonan cerai dan nekad dengan keputusannya untuk berpisah. HM
Biar Allah membalasnya – Nur Azera Fatehah
Baca Artikel Menarik:
- Peserta Miss Universe Indonesia diminta tanggal bra
- Saya mohon bersara awal – Raja Rozela
- UMNO lemah kerana pemimpin seperti Annuar Musa sebelum ini – Dr Akmal
- Polis ikut kehendak DAP – Hamzah
- Anak arwah Salahuddin sebak cabut plat nama di Parlimen
- Menantu Muhyiddin, peguam lari selepas disenarai ‘wanted list’
- Fauziah Reda Diceraikan ND Lala
- ND Lala, Fauziah bercerai
- Tindakan Anwar pertahan kuota bumiputera dikritik Persatuan Belia Baru Universiti Malaya
- Sanusi ‘copy paste’ Donald Trump – Amirudin
- Sepupu Nik Amar dulu sokong PAS kini sokong PH-BN, nekad buka markas PH berhampiran rumah Timbalan MB
- Wanita transgender minta bekas kekasih pulangkan testikel
- Serik keluar 2 pagi, bunyi mengilai dalam kereta (Video)
- “Kanak-Kanak 9 Tahun Kes Termuda Lahirkan Anak Luar Nikah” – NGO
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik
Pakai bra dengan sweater terbuka, apa nak jadi budak sekarang
Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel
You must be logged in to post a comment.