PAS tak jemput GERAKAN pada program di Pulau Pinang

PAS tak jemput GERAKAN pada program di Pulau Pinang

TASEK GELUGOR: Presiden GERAKAN, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai, dikatakan diminta meninggalkan program Ceramah Mega Perikatan Nasional (PN) Best di Sungai Dua, malam tadi kerana tidak diundang menyertai program yang disertai Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Dominic yang juga Timbalan Presiden PN merangkap Presiden GERAKAN bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas.



Timbalan Presiden GERAKAN, Oh Tong Keong, ketika dihubungi mengesahkan parti itu tidak diundang untuk menghadiri program Ceramah Mega PN Best berkenaan.

“Saya hanya maklum mengenai penganjuran Ceramah Mega PN Best menerusi siaran langsung di Facebook.

“Setahu saya ceramah berkenaan mungkin untuk PAS sahaja dan mungkin mereka tak undang kita kerana penganjurannya dibuat di lokasi majoriti Melayu atau hanya mahu penceramah dalam kalangan Melayu,” katanya kepada BH, hari ini.

Tong Keong berkata, hubungan GERAKAN dengan PAS Pulau Pinang dalam keadaan baik tetapi mengakui kejadian itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan akar umbi.



“Kita tak gaduh pun. GERAKAN dengan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Muhammad Fauzi Yusoff; Setiausaha PAS negeri, Iszuree Ibrahim dan pimpinan PAS negeri lain pun okey.

“Namun, rasa tidak puas hati dalam kalangan akar umbi masing-masing itu perkara biasalah dalam politik.

“Kerjasama serta hubungan dengan PAS dan BERSATU sebenarnya okey, tetapi sedikit tidak puas hati dalam kalangan parti komponen itu perkara biasalah,” katanya.

Ceramah Mega PN Best itu turut menampilkan Pengerusi Perhubungan BERSATU Pulau Pinang merangkap calon PN DUN Penanti, Zulkifli Bakar, selain Naib Presiden PAS, Datuk Idris Ahmad serta barisan calon yang mewakili parti itu, termasuk tiga calon Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP). BH



PAS tak jemput GERAKAN pada program di Pulau Pinang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”



“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen

David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah



Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker