Tidak ada orang boleh pertikai kuasa dan keistimewaan Melayu, tegas Anwar

Tidak ada orang boleh pertikai kuasa dan keistimewaan Melayu, tegas Anwar

Anwar Ibrahim berkata beliau sama sekali tidak mahu menjadi Perdana Menteri sekiranya prinsip-prinsip yang terkandung dalam Perlembagaan termasuk hak keistimewaan orang Melayu dan kedudukan agama Islam dipertikai.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata justeru, pihak tidak bertanggungjawab terutama pembangkang tidak perlu membangkitkan isu terbabit untuk menakut-nakutkan orang Melayu.



“Siapa yang boleh pertikai kepimpinan Melayu, kuasa Melayu, Islam agama persekutuan, bahasa Melayu, hak keistimewaan orang Melayu, kedaulatan raja-raja Melayu? Tidak ada.

“Kawan-kawan kita dalam DAP, MIC, MCA bahkan PKR yang bukan Melayu tidak pernah pertikai itu dan saya tidak mahu jadi perdana menteri sekiranya prinsip-prinsip dalam Perlembagaan dipertikai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah sempena PRK Simpang Jeram di Sungai Abong.

Perdana menteri berkata orang Melayu sendiri sudah terbiasa dengan janji dan slogan yang menekankan Islam dan Melayu namun parti pembangkang, ketika menjadi pemerintah sebelum ini, tidak melakukan sebarang perubahan.



“Adakah Islam ditegakkan dengan lebih baik? Adakah rasuah berkurangan? Adakah amalan ‘sakau’ harta rakyat berkurangan, tidak ada? Yang banyak hanya slogan,” katanya, sambil menambah keadaan amat berbeza di bawah pentadbiran kerajaan perpaduan yang akan mempertahan dan membela nasib rakyat pelbagai kaum.

Anwar berkata beliau tidak kisah dicerca serta dimaki namun azam dan hasratnya untuk menjadikan ekonomi Malaysia hebat di rantau ini tidak pernah terpadam.

“Makilah sebanyak manapun, cerca dan hina sebanyak manapun, 25 tahun dihina saya tidak kisah, saya nak guna kuasa ini untuk tolong negara dan rakyat,” katanya.

Beliau turut meminta penduduk Simpang Jeram memberi sokongan padu kepada Nazri Abdul Rahman untuk menjadi wakil rakyat bagi menguatkan lagi kerajaan negeri sekaligus membantu mempermudah usaha memacu pembangunan di kawasan itu.



“Pastikan Nazri menang selesa. Angkat Nazri biar dia kerja, biar kita pantau, biar dia pastikan Johor dan kerajaan persekutuan bantu orang di Simpang Jeram,” katanya. FMT

Tidak ada orang boleh pertikai kuasa dan keistimewaan Melayu, tegas Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



GV10, gegar segala gegar

Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta



Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera

Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker