Keputusan MCA, MIC beri kelebihan kepada PN
Timbalan Ketua Pemuda PN Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata keputusan MCA dan MIC untuk tidak bertanding dalam PRN di enam negeri kali ini akan memberi kelebihan kepada PN.
Dia mendakwa ini kerana Umno tidak akan mendapat sokongan daripada sekutunya dalam BN.
“Kami agak yakin dengan kelebihan yang PN ada, memandangkan MCA dan MIC memutuskan untuk tidak bertanding dengan BN.
“Kali ini Umno bertanding sendiri, MCA dan MIC tak bantu mereka,” katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.
Pada minggu lalu, MCA dan MIC mengumumkan mereka tidak akan meletakkan calon dalam PRN kali ini tetapi akan terus berkempen untuk BN.
Sementara itu, Wan Ahmad Fayhsal berpandangan PH tidak lagi boleh bergantung kepada sokongan orang bukan Melayu.
“Pengundi bukan Melayu telah menunggu lebih 20 tahun untuk Anwar menjadi perdana menteri.
“Namun lepas dilantik, dia tidak berkelakuan seperti perdana menteri. Jadi, saya rasa (PRN) ini akan jadi referendum nasional terhadap kerajaan,” katanya lagi.
Berkenaan PRN di Kedah, ahli parlimen Machang itu menyuarakan keyakinan prestasi PN hanya akan merosot sedikit berbanding pilihan raya lalu.
“Kita mungkin hanya akan hilang tiga kerusi di Kedah namun untuk (negeri-negeri) lain, kita fikir akan menang besar, sama seperti apa yang berlaku dalam PRU15 tahun lalu,” katanya lagi.
Cabaran terbesar
Namun, Wan Ahmad Fayhsal tidak menunjukkan keyakinan yang serupa di Selangor, dengan berkata negeri itu kekal menjadi cabaran terbesar kepada PN.
“Kami sedar keadaan di Selangor sangat berbeza dengan di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Namun, kami tekad untuk membuktikan kepada penduduk Selangor yang kami adalah government-in-waiting,” katanya lagi.
Dia membayangkan bekas menteri besar Selangor Azmin Ali akan bertanding di negeri itu dan akan diiringi oleh “lebih ramai calon yang menarik yang akan diumumkan tak lama lagi”.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Dalam tangan kami 16 kerusi – Mahfuz
- Takkanlah BM Wan Saiful begitu lemah – Loke
- Hadi disiasat Bukit Aman isu 3R
- PAS seperti mengaku rasuah dalam pilihan raya – Salahuddin
- Wanita ditahan polis berkaitan kes simbah asid
- Tikam suami hingga mati ketika berbalah mengenai isteri kedua
- Bekas ADUN DAP lakukan perkahwinan sejenis, Kerajaan Perpaduan tetap tidak iktiraf LGBT
- Hutang Felda: Muhyiddin jangan ‘sembang’, samanlah Anwar jika kamu dipihak yang benar
- Gula-gula PRK: PAS tawar beri pinjaman motor tanpa faedah tetapi dengan syarat..
- Sarah Hildebrand makin berani berbikini
- Inspektor Sheila dapat gred B Tasawwur Islam
- Saya yang lupuskan hutang peneroka Felda bukan Muhyiddin, ‘I stand by this record’ – Anwar Ibrahim
- Nikita Mirzani dilabel ‘iblis’ paksa anak turun berat badan
- Syaitan suruh bunuh, kerat isteri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.