Sarawak ambil alih MASwings

Sarawak ambil alih MASwings

Sarawak pada dasarnya bersetuju mengambil alih perkhidmatan penerbangan tempatan, MASwings.

Premier, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ia selepas rundingan dibuat dengan Kerajaan Persekutuan.



“Terdapat cadangan daripada Kerajaan Persekutuan untuk berunding dengan kami bagi mengambil alih MASwings dan kami pada dasarnya bersetuju,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan Upacara Menandatangani Kontrak Bagi Operasi Miri antara Hornbill Skyways Sdn Bhd dan Petroleum Arrangement Contractors (PACs) di sini, hari ini.

Syarikat Penerbangan MASwings iaitu Syarikat Penerbangan Komuter Malaysia Timur yang pertama, adalah memenuhi keperluan perjalanan udara penduduk Sarawak dan Sabah dengan menyediakan tambang yang berpatutan, jadual dan hubungan yang mudah di kedua-dua negeri di Borneo itu.

Ditubuhkan pada 1 Oktober 2007 untuk mengendalikan perkhidmatan luar bandar RAS dari FlyAsianXpress, MASwings memulakan operasi secara rasmi pada 1 Oktober 2007 dengan menggunakan pesawat enjin kipas yang sedang dikendalikan oleh FAX – tujuh pesawat Fokker F-50 dan lima Twin Otter.



Menjelas lanjut, Abang Johari berkata aspek kedua yang perlu diteliti ialah untuk MASwings mempunyai laluan di luar Borneo.

“Apa yang kita mahu ialah mempunyai laluan serantau untuk kita menyederhanakan tambang terutamanya di Malaysia.

“Pada masa ini, MASwings tidak terbang ke Kuala Lumpur (KL) tetapi kami mahu terbang ke KL dan juga Singapura, jadi ia mesti di luar pintu domestik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata pada masa ini, pihaknya belum memikirkan lagi nama yang akan digunakan bagi menggantikan MASwings.



“Bila sudah jadi milik kita, barulah kita fikir nama apa tetapi nama adalah perkara kedua, apa yang penting ialah kita mempunyai penerbangan sendiri dan objektif kami adalah untuk menyederhanakan harga tambang,” katanya. BH

Sarawak ambil alih MASwings

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta

Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….



Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik

Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker