Beli karipap inti lalat

Beli karipap inti lalat

DUNGUN: Seorang wanita terkilan apabila menemukan seekor lalat dalam karipap yang didakwa dibelinya di sebuah gerai makan di bandar ini, pagi ini.

Wanita yang dikenali sebagai Nurul Gadget memuat naik gambar karipap yang berinti ikan dan lalat dalam kumpulan Facebook.

“Lama tak makan karipap. Tak tahu pulok ada karipap inti lalat lening (sekarang),” tulisnya yang lega tidak tertelan lalat tersebut.

Menurutnya, dia tidak mahu memanjangkan isu tersebut berikutan karipap itu bukan dibuat oleh pemilik kedai, sebaliknya dihantar oleh pembuat kuih lain.

“Malas pergi complain (membuat teguran) di kedai sebab dia (pembuat kuih) pun cari rezeki letak kuih di kedai. Cuma saya nak pesan la tolong jaga kebersihan bab makanan,” katanya.

Sementara itu, pengguna Facebook, Norizam Nur turut melahirkan rasa kecewa dengan tindakan sesetengah peniaga yang tidak menitikberatkan soal kebersihan dalam penyediaan makanan.

“Saya pernah kena minggu lepas. Minggu yang sama kena, dua kali. Kedai makan pertama, kena telur lipas. Kedai makan kedua, ada lalat pula dalam makanan saya.

“Saya terus buat teguran pada pekerja kedai tersebut. Mohon sangat peniaga-peniaga jaga kebersihan makanan,”tulisnya.

Seorang lagi pengguna Facebook, Nadiera Niena Amchaaradamsha, turut berkongsi pengalaman sama.

“Amber (Saya) kena kedai dekat Paka, sambal nasi lemak ada lalat hijau dengan peng (telur) skali pakej. Sampai hari ni ambe (saya) boikot kedai tu,” tulisnya. Utusan

Beli karipap inti lalat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta

Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….

Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik

Awal Ashaari cari penyakit upload video Ameera tonggek

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker