Gerakan NGO propembebasan Palestin selar PAS menyamakan Palestin dengan P. Pinang
Gerakan NGO propembebasan Palestin Boycott Divesment Sanctions (BDS) Malaysia, menggesa supaya parti politik tidak menyamakan keadaan di Pulau Pinang dengan di Palestin.
“Kenyataan tersebut bukan sahaja salah dari segi fakta sejarah, bahkan sangat berbahaya kerana ia meremehkan kezaliman yang telah berlaku kepada penduduk Palestin selama lebih dari tujuh dekad dan masih berterusan sehingga ke hari ini,” menurut gerakan itu dalam satu kenyataan hari ini.
Meskipun tidak menamakan parti politik yang dimaksudkan dalam kenyataannya, tetapi ia dibuat selepas PAS memainkan isu agama dan kaum, kali ini dengan menyamakan isu pemilikan tanah di Pulau Pinang dengan keadaan di Palestin serta Israel.
Kenyataan yang dimuat naik di media sosial PAS itu menyorot bagaimana Israel menguasai tanah Palestin dari 1.5 peratus pada 1918 sehinggalah rakyat Palestin menjadi pelarian di negara sendiri.
Bagaimanapun, sebagai respons balas terhadap artikel tersebut, Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim menyifatkan tindakan PAS menyamakan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan rejim Zionis bukan sahaja menghina perjuangan pembebasan Palestin malah cuba mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.
BDS dalam kenyataannya hari ini turut menekankan bahawa apa yang terjadi di Palestin adalah berbentuk `settler-colonialism’ di mana kumpulan luar yang datang dari Eropah untuk menjajah bumi Palestin dan pada masa yang sama membunuh rakyat Palestin termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua, selain menghancurkan rumah dan kampung halaman mereka, merampas tanah mereka serta menghalau mereka keluar untuk menjadi pelarian serta tidak dibenarkan pulang sehingga hari ini.
“Perlu juga disedari bahawa kejadian pembunuhan warga Palestin yang tidak berdosa, pemusnahan rumah-rumah mereka, pemenjaraan ribuan rakyat Palestin, serta rampasan tanah secara paksa juga masih berterusan.
“Sebarang usaha untuk menyamakan kesengsaraan warga Palestin dengan keadaan orang Melayu di Malaysia untuk tujuan politik adalah amat dikesali dan perlu dihentikaan,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Bomoh didakwa lakukan hubungan seks tanpa kebenaran
- Maut kemalangan ketika bantu kereta rosak di Jambatan Kedua Pulau Pinang
- Zamsaham, pulangkan segera baki wang saya
- Kongres Ekonomi Melayu anjuran UMNO saingi Proklamasi Melayu
- Buat kerja tuhan punca sidang Dewan Rakyat kecoh
- Zahid bertemu Najib dengan kebenaran khas Ketua Pengarah Penjara
- Puteri Sarah bertemu Ira Kazar?
- Komen Puteri Sarah selepas diceraikan Syamsul
- Annuar usah berlagak jadi juara
- Tiga panglima Umno Johor bakal sertai PN
- Badul nikah artis muda?
- Syamsul ceraikan Puteri Sarah dengan talak satu
- Georgina dapat RM500,000 sebulan seumur hidup jika berpisah dengan Ronaldo
- Faizal Tahir terkejut tiket konsert dijual bermula RM488
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemain Piano Malaysia, Cathryn Li tak sengaja tayang duit simpanan RM40 juta
Saya Nak Sangat Expose Artis Hamilkan Saya Tapi….
Tetamu jerit suruh Janna dan Dini ‘Kiss’, fahamlah kenapa Ustaz Wadi balik
You must be logged in to post a comment.