KENYATAAN MEDIA DEWAN TERTINGGI BN

KENYATAAN MEDIA DEWAN TERTINGGI BN

KENYATAAN MEDIA DEWAN TERTINGGI BN
KENYATAAN MEDIA DEWAN TERTINGGI BN

Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional pada 11 Oktober 2022 yang dihadiri oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Presiden-Presiden Parti Komponen dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Dewan Tertinggi telah memutuskan beberapa perkara seperti berikut :

1. Dewan Tertinggi menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atas perkenan Baginda untuk membubarkan Parlimen selaras dengan kuasa-kuasa Baginda sebagaimana termaktub di bawah Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan.

2. Mesyuarat mengarahkan persiapan semua jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 di peringkat Parlimen dan DUN komponen Barisan Nasional.



3. Dewan Tertinggi mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Bahagian menjalankan mesyuarat koordinasi gerak kerja jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15.

4. Perundingan pembahagian kerusi antara Parti Komponen dan Friends of BN akan dimuktamadkan. Dewan Tertinggi bersetuju dengan usaha-usaha untuk mengetengahkan calon-calon baharu yang mempunyai nilai Winnable, Acceptable & Likeable (WALI) dan berazam untuk mencapai 30 % calon Wanita.

5. Dewan Tertinggi bersetuju tema utama manifesto bagi PRU-15 ialah “Kestabilan Dan Kemakmuran”. Barisan Nasional komited untuk memastikan kebajikan rakyat diperkasa dan kedaulatan negara terus terpelihara dengan penawaran polisi-polisi bersifat pro-rakyat dalam memacu pembangunan sosioekonomi yang mapan dan menyeluruh.

BARISAN NASIONAL, DAHULUKAN RAKYAT



DR ZAMBRY ABD KADIR

11 Oktober 2022

KENYATAAN MEDIA DEWAN TERTINGGI BN
Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

 

KENYATAAN MEDIA DEWAN TERTINGGI BN




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ini semua salah lanun bola – TMJ

 



 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker