Shuib Dituduh Curang Ketika Arwah Siti Sarah Masih Hidup [VIDEO]

Watie Tampil Bersuara!

Shuib Dituduh Curang Ketika Arwah Siti Sarah Masih Hidup

Shuib Dituduh Curang Ketika Arwah Siti Sarah Masih Hidup

Pelawak dan penyampai radio terkenal, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad baru-baru ini mengumumkan bahawa dia bakal melangsungkan perkahwinan bersama kekasih hatinya yang juga ahli perniagaan, Watie Hanifiah pada Jun ini.

Shuib turut memberikan kenyataan kepada media tempatan bahawa persiapan untuk majlis perkahwinan mereka telah siap sebanyak 30 peratus, malah dewan untuk majlis perkahwinan juga telah ditempah.

Walaubagaimanapun, tular khabar angin di media sosial, yang menyatakan bahawa Watie dan Shuib pernah berhubungan ketika arwah Siti Sarah masih hidup selepas netizen ‘korek semula’ video lama Watie di Instagram yang memaparkan Watie sedang bermain golf sambil berlatar belakang suara seorang lelaki yang didakwa serupa dengan Shuib.

“Oh patutlah nak kahwin. Semua sembang je tu kat media sosial pasal nak kahwin sampai libatkan nurtizen, kejap jadi kejap tak. Alih-alih diorang akan kahwin juga sebab rupanya dah lama together-gether.”

“Wuu ada plot twist.”

Baca Artikel Menarik:

Watie Bersuara!

Tidak berdiam diri, Watie tampil menegaskan bahawa suara lelaki berkenaan bukanlah suara milik Shuib kerana pelawak tersebut masih belum mula bermain golf pada ketika itu.

“Yang datang dari TT, Fyi, ini bukan suara dia lah. Zaman ni, dia belum mula main golf lagi. Jadi, tolong . Tak baik fitnah orang.”-tulis Watie di Instagram

 

Sekadar info, Shuib dan Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011. Namun, Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 di Hospital Canselor Tuanku Muhriz disebabkan jangkitan COVID-19.

Shuib Dituduh Curang Ketika Arwah Siti Sarah Masih Hidup

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker