MB Kelantan jumpa PM tak bincang pun isu royalti minyak

Dengan rakyat siang malam bising isu royalti minyak, bila jumpa PM tak bincang pun.

MB Kelantan jumpa PM tak bincang pun isu royalti minyak

Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob menjelaskan pertemuannya dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, baru-baru ini hanyalah kunjungan biasa dan tidak membincangkan secara khusus berkaitan tuntutan royalti petroleum.

Ketika ditanya mengenai perkara itu Ahmad sebaliknya berkata pihaknya sudah menghantar surat kepada kerajaan persekutuan berhubung isu berkenaan.

“Royalti seperti mana dulu, kita beri salinan (surat) saja. Tuntutan itu dihantar sebagai mana biasa.

“Berunding itu atas asas yang lama, apapun itu saja sebagaimana yang lama,”katanya pada sidang media selepas mengagihkan sumbangan kuih raya kepada agensi keselamatan di Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai usul yang diterima dewan undangan negeri (DUN) Kelantan sebelum ini yang mahu menteri besar berunding dengan perdana menteri berhubung royalti petroleum dengan kadar segera.

Kelantan dan Terengganu tidak layak menerima hasil petroleum sebanyak 5 peratus.

Ini kerana menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, Akta Laut Wilayah 2012 menetapkan bahawa negeri hanya boleh menuntut hak sehingga tiga batu nautika.

Sementara itu Ahmad berkata pertemuan yang berlangsung di Putrajaya kelmarin itu adalah kunjungan biasa.

“Menerusi pertemuan itu, kita memohon supaya semua perkara (diluluskan) pada pentadbiran sebelum ini supaya diteruskan.

“Berunding atas asas yang lama dan perdana menteri memberi maklum balas dengan mengatakan ‘Insya-Allah’.

“Insya-Allah kita berharap perdana menteri memberi sesuatu yang terbaik untuk Kelantan,” katanya. Mk

MB Kelantan jumpa PM tak bincang pun isu royalti minyak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saman Tetap Saman – Puteri Sarah

Kamu hancurkan sebuah masjid – Ibu Syamsul

Mak mentua yang dihalau muncul semula – Farid Kamil

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker