Tengku Zafrul dilantik bendahari Umno Selangor

Tengku Zafrul dilantik bendahari Umno Selangor

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz dilantik sebagai bendahari Umno Selangor.

Umno Selangor dalam kenyataan memaklumkan ketuanya Megat Zulkarnain Omardin turut melantik Abdul Mutalif Abdul Rahim sebagai setiausaha Umno negeri dan Mohd Zaidi Md Zain sebagai ketua penerangan Umno negeri.



Pelantikan itu dibuat semasa mesyuarat pertama Umno negeri itu semalam, selepas pemilihan parti selesai pada 18 Mac lalu.

Mesyuarat itu juga mengambil ketetapan iaitu Umno Selangor akan terus mendukung kerajaan perpaduan dan komited memastikan keutuhan kerjasama dalam kerajaan demi kestabilan negara.

Menurut kenyataan itu, Umno Selangor mengambil maklum perjalanan Sekretariat Kerajaan Perpaduan Malaysia dan akan mewujudkan Jawatankuasa Kerajaan Perpaduan Peringkat Negeri dalam masa terdekat serta mengadakan program bersama pimpinan kerajaan negeri.

Selain itu, Umno Selangor turut memutuskan rangka kerja dalam penyediaan jentera di setiap peringkat dan memulakan gerakan di setiap pusat daerah mengundi (PDM) serta meneruskan perundingan bersama Pakatan Harapan Selangor dalam menentukan pengagihan kerusi bagi menghadapi PRN.



Mesyuarat itu juga menyatakan Umno Selangor sebulat suara bersetuju dan menandatangani memorandum memohon kepimpinan tertinggi parti itu membela bekas presiden Najib Razak yang banyak berjasa kepada negara. FMT

Tengku Zafrul dilantik bendahari Umno Selangor

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Saman Tetap Saman – Puteri Sarah

Kamu hancurkan sebuah masjid – Ibu Syamsul



Mak mentua yang dihalau muncul semula – Farid Kamil

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker