Nahas Sabah Air, Ini yang sebenarnya berlaku
PUTRAJAYA- Laporan lengkap berhubung insiden kemalangan udara pesawat Sabah Air Nomad N-22B 9M-ATZ yang berlaku pada 6 Jun 1976 sudah boleh dimuat turun menerusi lawam web Kementerian Pengangkutan.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, semua laporan siasatan akhir itu dikelaskan sebagai dokumen terbuka dengan menggunakan kuasa diperuntukkan di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972.
“Susulan daripada pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 5 April 2023 berkenaan laporan siasatan akhir kemalangan udara itu, saya mengumumkan bahawa proses menyahklasifikasi laporan selesai pada 6 April 2023.
“Sebagai Menteri Pengangkutan yang bertanggungjawab ke atas penerbangan awam dan siasatan kemalangan udara, saya mengelaskan semula laporan siasatan akhir sebagai dokumen terbuka menggunakan kuasa diperuntukkan di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.
Laporan Akhir Siasatan: ——> Kemalangan Udara Nahas Pesawat Sabah Air Model GAF N-22B Nomad (No. Pendaftaran:9M-ATZ) Pada 6 Jun 1976
Katanya, laporan akhir kemalangan itu disiapkan pada 25 Januari 1977 dan kemudian dibentangkan ke Jemaah Menteri pada bulan Mac 1977.
“Namun begitu, hasil siasatan laporan tersebut tidak pernah diumumkan. Oleh demikian, selama hampir 47 tahun ahli keluarga mangsa terlibat tidak dapat mengetahui fakta dan sebab di sebalik nahas kemalangan udara itu.
“Seramai sebelas nyawa telah terkorban dalam tragedi Double-Six termasuk barisan pimpinan kanan Kerajaan Negeri Sabah ketika itu seperti Ketua Menterinya, Tun Fuad Stephens,”’jelasnya.
Katanya, setiap insiden penerbangan haruslah disiasat secara telus dan menyeluruh untuk menerap kepercayaan antarabangsa terhadap keupayaan Malaysia membina sebuah industri penerbangan berkredibiliti dan menepati piawian tertinggi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Isteri diganggu pegawai DBKL, lelaki mengeluh siasatan tiada kemajuan
- Bertaubatlah Diana – Farid
- Diana nak cerai, tolak tawaran Farid
- Melompat gembiralah dia sekarang
- Melompat gembiralah dia sekarang
- Tipis nampak anak bulan malam Jumaat – mufti Kedah
- Jangan ‘double standard’ berkait Zahid dan Najib, Puad beritahu Hassan Karim
- Penceraian Syamsul-Sarah, Yusof Haslam dan isteri pasrah atas segala keputusan
- Trend di TikTok Najib popular, setuju diampunkan
- Diana langgar perintah mahkamah – Farid Kamil
- Lelaki mabuk maki wanita beli juadah berbuka puasa, ditahan polis
- Puteri Sarah Tetap Menjadi Menantu Kesayangan – Yusof Haslam
- Musnah Disebabkan Satu Kesilapan – Yusof Haslam
- Sanusi akhirnya ‘disekolahkan’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.