Isu kena potong gaji, Foodpanda kelang kabut mahu jumpa rider esok

CYBERJAYA – Syarikat penghantar makanan, Foodpanda akan bertemu dengan penghantar makanan, Muhd. Saifuddin Mustafa, 28, esok bagi mendapatkan penjelasan susulan video tular di TikTok dua hari lalu.

Foodpanda menerusi kenyataan hari ini berkata, pihaknya sedia maklum mengenai isu dibangkitkan Muhd Saifuddin itu selain sudah menghubungi pemuda itu sejak Isnin lalu.

Menurutnya, siasatan dalaman pihaknya mendapati, lelaki itu gagal menghantar beberapa penghantaran makanan dan tidak menjalankan tanggungjawab sebagai penghantar makanan.



“Kami turut menerima beberapa peringatan berhubung kegagalan penghantaran makanan oleh lelaki itu kepada pelanggan.

“Sebagai penyedia perkhidmatan, Foodpanda mempunyai tanggungjawab mengekalkan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan selain memastikan makanan ditempah dihantar tepat pada masanya,” katanya.

Katanya, Muhd. Saifuddin bersetuju untuk bertemu dengan pihaknya esok bagi merungkai dakwaan dan kesulitan yang berlaku.

Sementara itu, Foodpanda turut berterima kasih kepada Menteri Sumber Manusia V Sivakumar diatas keprihatinan terhadap isu kebajikan membabitkan sektor penghantaran makanan.



Sebelum ini, tular di laman sosial seorang penghantar makanan Foodpanda menzahirkan kekecewaan apabila mendakwa telah dizalimi oleh syarikat berkenaan berhubung soal pembayaran gaji. – KOSMO! ONLINE.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saman Tetap Saman – Puteri Sarah

Kamu hancurkan sebuah masjid – Ibu Syamsul



Mak mentua yang dihalau muncul semula – Farid Kamil



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker